Musim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

dah dekat dua bulan tak bukak belog ni. kejap je rasa dh pon berlalu bulan ramadhan, ngeee.. makin lama makin cepat rsa masa berlalu.. tak sempat prepare nk raya tetiba dh msuk bulan Syawal.. cuti raya kali ni penuh diisi dengan jemputan walimah & majlis tunang kawan-kawan, kiranya mcm 2 in 1 la, sambil makan kenduri, kita kira ziarah raya skali la.. meriahh!! tym kawen jela nk jumpa suma kawan-kawan pon..tetambah raya ni mmg suma dpt cuti (kecuali yg duk obersea lah).. dan mcm biasa soalan-soalan yg mmg dh dijangka bila kita datang kenduri kawen orang " hang bila lg?", keh3..soalan peberet suma orang xkira yg tua or yg muda..tetambah plak skg ni mmg mcm musim kawen & tunang plak kn.. 

pastu ada plak status-status pelik or yg mcm memusykilkan di up dkt fb tuh.. 

contoh-contoh status fb mcm ni haa...

" Alhamdullillah, tQ Allah"
" Settle 1st step"
" Pray hard 4 da best"
" Selesai..."
" Making the 1st step"
" Doakan yg terbaik"

& mcm2 lagi la, hahahaa~

jadi untuk kawan-kawan dh dah pon melangsungkan pertunangan or yg akan melangsungkan dlm jangka msa terdekat ni (xyah sebot nama kot noo, bru tunang kn, kang pecah rahsia plak..keke), Tahniah la nohh..semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin ^_^

bagi yg dh melangsungkan perkahwinan & yg bakal melangsungkan dalam masa terdekat pon, Tahniahh!! semoga berkekalan hingga ke akhir hayat!! Inshaallah ^_^

- Laily Samsinar & pasangan Khairul Fahmi
- Nor Hafiza & pasangan Muhammad Aiman
- Nur Hidayah & pasangan Tg Huzaifah
- Mardhati & pasangan Ikhwan
- Siti Shahanis & pasangan Ridhuwan
- Mohd Zaher & pasangan Syeema
- Bibi Nasrin & pasangan Left. Shahrul Afendi
- Husnul Khotimah & pasangan Ridwan
- Nor Atika & pasangan Norsyam
- Hakimah Aini & pasangan Azri
- Kapt. Afifi Azham & pasangan Kak Dila
- Syazwan & pasangan
- Solihin & pasangan 
- senior-senior & junior-junior yg tak tersebut namanya sebab bnyk sangat..

Barakallahulakuma wa barakah 'alaikuma wa jamaa'bainakuma fil khair..

..........................................

notakaki:

nak kahwin makin susah
nak berzina makin mudah

nak kahwin bergolok bergadai
nak berzina cuma lambai lambai
nak kahwin kena lepas dah stabil kerja
nak berzina bila bila pun tak apa

tapi 

berkahwin itu mulia
berzina itu kotor dan hina


-baitulmuslim-

~renung-renungkan & selamat beramal~

Kaf Ha Waw Ya Nun

Isu Kaf Ha Waw Ya Nun bukan sahaja hangat diperkatakan dalam kalangan remaja kita, tetapi sama juga halnya di Maghribi. Sampaikan ada yang percaya, jika perempuan yang umurnya sudah dua puluh tiga tahun tetapi masih tidak berpunya, itu petanda yang bahaya. Takut tidak berkahwin sehingga akhirnya.
Saya sangat tertarik untuk berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai perkara yang hangat diperkatakan oleh anak muda seperti saya. Isu Nikah Gantung atau Nikah Khitbah memang isu yang sering kita dengarkan. Saya ada dua kisah untuk dikongsi bersama. Kisah saya mungkin biasa-biasa sahaja penulisannya, tetapi diharapkan semua mendapat manfaat bersama.
Kisah 1
Saya ada seorang kawan, Azizah namanya. Perkenalan kami dimulakan oleh Azizah, sewaktu dia menegur saya di surau. Agaknya dia tahu saya orang asing melalui pakaian saya, lalu dimulakan salam dan perkenalan.
Dia sangat baik orangnya, alim dan cantik. Setiap kali berjumpa, pasti saya akan dipeluk dengan kuat dan diciumnya pipi dengan erat. Hari-hari di semester satu berlalu dengan indahnya dengan perkongsian cerita dan ilmu. Walaupun Azizah pelajar Ilmu Sosiologi, saya pula dalam bidang Bahasa Arab, tetapi bagaikan ada satu kimia yang menghubungkan hati kami dan kami sangat selesa bersama.
Sehinggakan sewaktu kami berjumpa lagi di dalam surau, Azizah bertanya kepada saya:
"Husna, apa yang awak dah buat kat saya ni?"
"Saya selalu rindu awak."
Terharu mendengarkan ayatnya, saya membalas,
"Saya pun tak tahu kenapa, semoga dengan ukhuwah ini membawa kita ke syurga." Sambil tersenyum memandangnya.
Pada suatu hari, kebetulan kami memang tiada kelas pada waktu yang sama, Azizah mengajak saya berjalan-jalan bersama ke taman. Kami duduk di tepi taman berhadapan court bola. Soal Azizah kepada saya memulakan bicara.
"Boleh tak awak ceritakan serba sedikit adat perkahwinan di tempat awak?" Ligat otak saya mencari ayat, menyusun cerita mengenai adat. Haruslah dikongsi dari awal pertemuan bukan?
Secara ringkas, saya bercerita turutan daripada tunang hinggalah ke majlis perkahwinan. Dia bertanya lagi.
"Kamu sudah bertunang ke?"Tersengih senyuman saya melebar ke telinga.
"Semestinya belum lagi." jawab saya.
Rupa-rupanya, Azizah ingin memberitahu bahawa dia sudah bertunang tiga hari lepas dengan anak jirannya. Dia tidak pernah kenal siapa, tetapi ibunya sangat berkenan dengan Azizah dan ingin masuk meminang. Azizah bersetuju kerana jejaka tersebut katanya sangat sopan dan baik budi pekerti menghormati ibu bapa walaupun tidak pernah bersua muka.
Seminggu berlalu, kami berjumpa lagi. Kini Azizah dengan penuh perasaannya menceritakan bahawa dia sudah berkahwin di atas kertas. Menulis akad. Tetapi masih belum melangsungkan majlis perkahwinan.
Katanya, dia masih duduk bersama ibunya dan bukan bersama suaminya. Selepas tiga bulan, suami mengumpul wang secukupnya, rumah sudah tersedia barulah Azizah akan berpisah dengan ibunya. Terkejut. Keliru. Masih tidak faham. Itulah situasi saya ketika Azizah menceritakan statusnya pada bulan April ketika itu.
Tiga bulan berlalu, saya dan Yusra dijemput untuk ke majlis perkahwinannya. Meriah! Berwarna-warni penuh dengan muzik taqlidi dan madah nabawi. Kami dibawa Azizah dari awal sebelum majlis perkahwinan bermula sehingga majlis tamat. Sempat kami menjamah kuskus di rumah ibunya.
Selesai kuskus habis dijamah, suami Azizah datang untuk menjemputnya, pada saat itu ibunya mengalirkan air mata kerana Azizah tidak akan lagi tinggal bersamanya. Kemudian dari rumah ibu Azizah kami dibawa ke rumah barunya yang lengkap berperabot, peti ais, microwave, TV LCD Skrin dan lain-lain lagi.
Seterusnya kami dibawa pula ke tempat bersolek dan akhirnya kami ke majlis perkahwinannya di sebelah malam yang tamat sehingga pukul lima pagi. Fuhh, pertama kali tidak tidur malam hadiri majlis kahwin.
Ini contoh Nikah Khitbah.
Indah bukan?
Kisah 2
Nawal yang kecil molek orangnya menyusun langkah rapi ke kuliah di pagi hari Isnin. Sedang asyik berjalan laju mengejar masa sebelum kelas bermula, dia tersempak dengan saya di pertengahan jalan sebelum saya melintas ke seberang untuk sampai ke kuliah. Dia menepuk perlahan bahu saya. Sambil memberi salam dan bertanya khabar, kami sama-sama berjalan ke kuliah dalam keadaan tergesa-gesa.
Peluang ini saya ambil untuk mengucapkan tahniah kepadanya di atas perkahwinan yang telah dilangsungkan. Rupa-rupanya, Nawal juga masih belum melangsungkan majlis tetapi sudah berakad nikah di atas kertas.
Situasi yang sama seperti Azizah diceritakan kepada saya. Nawal berkahwin dengan kenalan abangnya yang baru sahaja dikenali. Tidak memerlukan masa pertunangan yang lama, mereka terus melafazkan akad nikah tetapi masih belum duduk serumah. Suaminya sedang bekerja mengumpulkan duit secukupnya supaya Nawal boleh tinggal dengan selesa di rumah miliknya.
Nawal yang sentiasa mengenakan pakaian salafi gelap, bertudung litup seluruh badan leka bercerita saat pertemuannya sehinggalah kami tiba di pintu masuk kuliah. Oleh sebab kelas kami berlainan, jadi saya minta izin untuk ke arah yang bertentangan. Sebelum berpisah dengannya, Nawal sempat berpesan kepada saya untuk memberitahu Yusra yang dia mahu datang ke rumah untuk menggunakan internet.
Pada sebelah petangnya, Nawal datang ke rumah kami seusai kelasnya tamat. Sememangnya rumah kami tidak ubah seperti sebuah Cyber Cafe, maka ramailah kawan-kawan kami singgah untuk menggunakan internet walaupun sekejap sahaja.
Nawal masuk dan terus ke bilik Yusra untuk menggunakan laptopnya. Sebelum MSN Messengerdibuka, Nawal berhias secantiknya untuk duduk di hadapan komputer.
Kenapa dia berhias untuk kami?
Perlu ke menggunakan internet sambil berhias diri?
Nawal sebenarnya hendak berjumpa si buah hati. Ya, dia sedang bersiap untuk berdatingdengan suami. Sweet bukan?
Oh Tuhan, saat dia berada di hadapan komputer berwebcam dengan suami tercinta, kami terasa sangat gembira dan bangga dapat menolong orang berdating buat kali pertamanya.Dating yang halal dan membawa pahala.
Alhamdulillah, sekarang Nawal sudah mengandung enam bulan. Walaupun begitu, dia tetap gagahkan diri belajar di kuliah selagi termampu.
Kisah ini juga contoh Nikah Khitbah. Indah bukan?
Adat Melayu kita menampakkan proses perkahwinan itu adalah sesuatu yang sangat kompleks urutannya. Pada hakikatnya, ianya sangat mudah.
Setiap perkahwinan itu sentiasa kita impikan keindahan berpanjangan. Namun harus diingatkan juga, niat untuk membina sebuah masjid itu perlu dibetulkan. Tanya diri semula.
Mengapa aku ingin berkahwin?
Sudah sediakah aku menjadi seorang suami?
Mampukah aku bergelar seorang isteri?
Jikalau jawapan yang diberikan masih tidak, maka sebaiknya kita beristighfar selalu, berpuasa dan dekatkan diri kepada Allah S.W.T dalam masa yang sama kita persiapkan diri untuk sebuah perkahwinan nanti.
Utamakan perkara  yang lain terlebih dahulu. Sibukkan diri dengan perbaiki dan kenali diri. Tidak perlu terburu-buru dalam hal mendirikan rumah tangga, takut-takut juga nanti berakhir dengan perceraian. Bercerai dalam usia yang muda. Nauzubillah.
Bercouple, berpasangan, bercinta, berkasih sayang, namun hubungan tersebut masih tidak diikat dengan sebuah ikatan yang sah takut-takut hanya membawa kemurkaan Allah SW.T.
Sudah pasti perkara tersebut melalaikan kita dan menjauhkan kita daripada-Nya. Semua orang senang berkata, "Takpe, yang penting kita jaga hati." Tetapi hanya Allah S.W.T dan diri sendiri tahu sejauh mana kita mampu menjaga hati kita.
Sebuah perkahwinan yang diberkati Allah S.W.T menjadi dambaan semua.
Kita juga mengimpikan anak soleh dan solehah penyejuk mata.
Maka dari permulaannya lagilah perlu kita jaga.
Mungkin ada yang akan bercakap, "Mudahlah awk berkata-kata, awak masih belum diuji, tunggulah nanti."
Mungkin saya belum diuji, mungkin saya pula akan kalah nanti, tetapi saya sedang persiapkan diri.
Sebagai sahabat, saya hanya ingin beringat. Kelak, ada pula yang mengingatkan saya di saat saya sesat.

 CREDIT UTK PENULIS (xpasti artikel ni amik dari siapa, sbb dh lama bca..)
saya hanya menyampaikan, semoga akan ada yang lain datang mengingatkan saya di saat saya leka ^_^

Saya Guru BUKAN Engineer

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui...

16 Mei lepas, seluruh negara menyambut hari guru + penamaan kabinet baru 2013, hehe.. jadik tergerak hati nk post jgk pasal hari guru dan kabinet baru.. 

memang kita tak patot raikan guru masa hari guru je, tp sambutan hari guru 16 Mei ni, hari yg khas utk meraikan guru2 sluruh Malaysia, tak kira la guru ganti ke, GSTT ke, guru tuisyen ke, guru kafa ke..sumanya kira guru..& termasuk la guru kita suma yg paling awal skali, mak ayah kita, kekeke..

sebelum ni ada isu psl guru, ramai org x puas ati dgn gaji cikgu yg kononnya banyak tak setimpal dgn keja sebagai cikgu. malangnya makhluk yang berani utarakan isu ni SEORANG ENGINEER, kekeke...mcm lawak pon ada. gaji engineer xcukup kot, nk jeles2ngn gaji cikgu. ok aku merapu, sila abaikan!

jadi dikesempatan ini, rsa belum terlambat sy dgn rendah hati nk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada suma cikgu2 yg pnh mengajar sy secara langsung @pun xlangsung..

sesungguhnya tanpa cikgu2 suma, sy xkn jd macam mna sy jd skg..wlupun dlu sy x suka cikgu skolah, x suka skolah (sb blaja x pndai kn), even pakcik guard skolah pon sy xsuka..tp hari ni baru sy seda yg sy salah, wuuuuhuhuhuhu..

Selamat Hari Guru..
utk suma cikgu-cikgu:-

mak & ayah yg aja dari kecik (4/1/1991- kini)
tadika madrasah at-tazibbiyah ad-diniyah al-islamiyah kg. kastam, butterworth (1995-1996)
sekolah kebangsaan convent butterworth, butterworth (1997-1999)
sekolah kebangsaan penaga, kepala batas (2000-2003)
sekolah menengah kebangsaan agama al-irshad, kepala batas (2004-2008)
matrikulasi pulau pinang, kepala batas (2009)
institut pendidikan guru kampus perlis (2009-kini)

guru-guru madrasah nurul huda (kls agama petang)
guru-guru fardhu ain (kls agama pg) wlupun slalu ponteng sb mls..
guru-guru masa praktikum, guru-guru besar mahupun guru-guru kecik..

suma kwn2 yg bakal menjadi guru, @ pun sedang jd guru..

and utk diri sendiri jgk yg sentiasa jd guru utk diri sendiri (perlukah?)

takkan terbalas jasa kalian suma, semoga Allah sntiasa merahmati kalian di dunia dan akhirat kelak, inshaallah~

hari ni, bila belajar utk jadi guru, baru tersedar yg bkn senang nk jd guru..nak bg budak2 phm pentingnya blaja, nk bg budak2 phm apa yg cikgu aja, nk bg budak2 tumpu apa yg cikgu nk ckp, nk bg budak2 suka apa yg dia kna blaja,huuu..engineer pon kompom xleh buat mcm mna ckgu tu buat..

baru2 ni ada sorg senior cita pengalaman dia jd cikgu, skg ni tgh interim dkt skolah pedalaman, sarawak (klu xtau interim tu cne, ce google sndiri..nk xplain pon xtau nk xplain cne, kekeke)..

sorg cikgu kena aja  8 subjek..kena buat soalan sendiri utk setiap subjek, kena uruskan 8 fail kssr, 5 fail kbsr (xsure fail ke sistem ke), maklum la kssr plak nk kna ada mcm2 bnda, xmasuk lg jd warden, jd dokter bila budak tergeliat tgn kaki (klinik kn jauh skit), jd jaga tggu budak2 prep ptg, tggu budak2 mkn kat dewan mkn, jd bomoh halau hantu klu budak2 duk mrepek kata ada hantu, jadi penjaga keamanan klu budak gadoh, sumanya ckgu yg kna jadi..xkn la nk suh mak bapak budak2 tu plak kn..nk harapkan engineer lg la xbole..(ok, bkn niat nk perli or merendah2kn martabat seorg engineer, tp cuma nk nmpkkn perbezaan)..  di tambah plak dgn budak2 yg x bole mengeja dgn btol, nk buat kls pemulihan pon dh tahun 6..ada lg 4 ke 5 bulan je nk UPSR..mcm mna nk jawab exam klu huruf pon tau dari huruf A sampai huruf G saja? mcm2 cikgu nk kna pk..

patotla bnyk cikgu ada darah tinggi, hehehe

bak kata pensyarah praktikum dulu " kita ni kalau nak jadi cikgu, hati kena betol2 bersih, baru la kita dapat buat keja elok, kalau setakat nk makan gaji, carilah kerja lain, bukan jadi cikgu.. sebab keja sebagai cikgu ni, keja yg mulia, nk kena didik orang jadi manusia, bukan didik anak ayam atau anak kucing. keja cikgu la paling bnyk bole dapat pahala, tambah2 cikgu sekolah rendah yg mula2 skali ajar 123 dgn ABC sb bnda tu la kita akn guna smpai la kita mati, selagi mna budak2 yg kita aja tu igt & guna apa yg kita aja, slagi tu lah pahala mengalir dkt kita."  - Puan Rokiah Karim ( April 2013)

 sentap bila dgr lect ckp, meremang buku roma wohh.. 
mulai sekarang saya insaf :-)
lebiu cikgu  ^_^

 notakaki utk murobbi di hati,

jadilah hamba yg dapat pikul amanah Allah dgn baik,
jadilah guru yg terbaik dlm mendidik anak,
semoga buah hati kita jadi insan yg bermanfaat untuk keluarga & agama



Kemunculan Semula

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

akhirnya saya muncul lg stelah puas bercuti mengalahkan org berpantang, hahaha..jadi mmg banyk la crita2 yg telah terpostpone selama berbulan2 ni

1. jauh perjalanan luas permandangan

telah berjaya menghabiskan cuti mid sem dgn aktiviti2 yg sgt berfaedah & bermanfaat, ngeee

perlis - penang - kelantan - terengganu - kuala lumpur - penang - kedah - penang - perlis

total perjalanan kurang lebih 1800 km..

paling best bila drive sendiri, wakaka~
(xsangka terer jgk aku bwk keta, kikiki)

banar bagai dikata, jauh kita jln, mcm2 kita dpt.. dapat msuk highway x siap, dpt lalu tmpt yg xpnh lalu, dpt naik highway xde seko keta pon, dpt pecut laju2, dpt nmpk babi lintas jln godek2, dpt rsa jem bila msuk kl, dpt merempit dkt lebuh raya karak, dpt sesat jln, dpt dgr leteran free dr mak tersayang, AND paling penting dapat penat, hahahhaa

mcm2 la dapat spnjang jln tuh ^_^
rasa mcm kejap sgt cuti tu haa..


2. yg bertunang telah pon selamat diijabkabulkan..

tadaaa!!!!!




sgt seronoknya bila kawan rapat kita or classmate kita kawen...

rasa mcm main kawen2 mcm zaman kecik2 dlu, tak sangka kita dh beso ghupenyaa...

semoga bahagia ke akhir hayat Norhayati & Muhammad Azizul Hafiz ^_^


3. praktikum fasa 1

org kata first tym jd cikgu ni jd mcm keciwi skit la kn..mmg jadik ciwi pon, wakaka..maklum la sblm ni pegi PBS/SBE kat skolah kn gnti kelas kejap2 je, tp skg ni mmg btol2 masuk mngajar..

pening jgk la kpla nk pk nk klentong apa dlm kls, kang slh aja budak2 tu bwk ajaran sesat plak kn, hehehe..
Alhamdulillah...sebulan rasa mcm kejap sgttt.. pejam celik, xsempat pejam lg skali dh pon abes sbln, haaa.. magic gilaa, weeeee...





budak2 buas

pape pon bila da abes skolah rindu plak dgn budak2 buas ni, huuu
xsaba nk tggu praktikum dpn.. ^_^

bnyk lg nk cita, tp mls nk taip dh, so kita abaikan jela cita2 x pnting lain tu..


benar bagai dikata, bila kita hilang sesuatu yg bernilai, 
Dia akan gantikan dgn benda yg lebih berharga kpd kita.. 
perancangan yg paling sempurna sbb Dialah sebaik-baik perancang.. 
In Shaa Allah ^_^

22 days to go... ^_^
yaribbaaaa~

notakaki buat bakal suami...

lengkapkan diri awak dgn ilmu agama yg cukup..
utk bekalan pjlnan kita yg sgt pnjg..
smoga kita dpt bina keluarga yg sakinah nt, in shaa allah ^_^ 

Cik to Puan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

beberapa jam tadi, sorang lg kawan telah selamat diijab kabulkan ditunangkan

yihaaa...dh jadik tunang orang oii!!!!
(ok, cukup over skit2) 

hahahaha...aku plak over excited kn..
sorang demi sorang bakal menamatkan zaman bujang pd usia yg muda remaja nih..huuu

so, Cik Norhayati yg bakal mengubah status kpd Puan Norhayati tak lma lg,
selamat bertunang laa ye ^_^

speechless plak tgn ni kn, hahaha

sangat bangga dgn kamu, family kamu & bakal suami kamu..
fuhh...sy benar2 maksudkannya (ciwi tulih bhsa melayu skema)
tak suma org mcm kamu dik, kamu sgt brtuah (kali ni sebak btol, sungguh xtipu T__T huhu)

and remember syg, 
Allah takkan uji kita, kalau kita btol2 tak mampu

Allah bless both of u syg
soooo hepi for you!!!!

Selamat Dilahirkan..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Hari terakhir 
Bulan pertama
Tahun baru

Lahir sorang lg khalifah di bumi Allah semalam  hari nie  22 taun lps :-)

Selamat Ulang Tahun Kelahiran!!!

nahh..amek ni kek special, made in internet~ weee

Encik Azrie bin Halili~
-genap dua puluh dua tahun-

(jgn komen knpa aku buh gmbo nih, wahaha)

semoga apa yg dimohon akan segera diperkenankan, Aminn..

In Shaa Allah ^_^

mari kita aminkan doa bawah nie...

Ya Allah, aku memohon dengan penuh pengharapan kepada-Mu. Sempena ulang tahun kelahiran sahabatku ini, Engkau panjangkanlah umurnya dan kurniakanlah kehidupan yang lebih bahagia kepadanya. Kurniakanlah rezeki yang melimpah ruah agar dia dapat menginfakkan ke jalan-Mu Ya Allah. Jauhkanlah dia dan keluarganya dari belenggu kemiskinan dan kesusahan..

Ya Allah, hidupkan dia dengan keimanan, dan matikanlah dia dalam keimanan. Kurniakanlah dia dengan kesihatan yang terbaik, terangilah hatinya seperti mana Engkau terangi bumi dengan sinaran matahari. Perkenankanlah hajatnya andai itu terbaik untuknya Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terjadi..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ampunkanlah dosa-dosanya dan jadikanlah dia lebih baik dari sebelumnya. Bimbinglah dia menuju jalan yang Engkau redhai. Janganlah Engkau sisihkan dia dari pandangan kasih sayang-Mu dan janganlah pula Engkau biarkan dia sesat dari jalan-Mu..

Perkenankanlah permintaanku ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada-Mu kami meminta pertolongan., Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim, Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

^_^


jadilah hamba yang bertaqwa, anak yang soleh, adik yang baik, pemimpin yang adil, pelajar yang tekun belajar, sahabat yang setia, dan bakal guru yang unggul keperibadiannya.. Semoga sentiasa di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Pencipta Yang Esa :-) 

[ haa, tacing x?? so, xde hadiah la ye, dh beso kn, hua3 ]

Tafsir Mimpi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

ujung minggu pertama untuk taun baru, x balik umah tercinta, wuhuhu~ (praktis kna posting jauh, hua3)

ilham utk menggedik taip entry baru ni dpt tym tido tgh hari td,hik3..skali lagi mimpi bnda yg sama (dari taun lepas lg mimpi tau).. xsure mainan tdo or petunjuk ke kn, yg pastinya mmpi ni dh dkt 10 kali dh jadi & paling penting mmpi ni xde ending, wakaka..

sape terer tafsir mmpi ce tlg tafsir mmpi aku nih...

mimpi ni lebih kurang cmni la...

mula2 tdo, 
pastu tetiba je dh ada dkt kenduri kawen one of my buddies (bFFFF) yg pnh aku admire dlu *blushing*, 
tp dia kawen ngn sorg pmpn (of cos bkn aku, haha)..
tetiba ada dkt dewan plak (mcm tym assembly pg2)
then, mmpi tergantung jln cita cmtu je...~
seda dr tdo, meleleh air mata  T__T
the End~

tlg la tafsir mmpi pelik ni ^_^
sampai skg pon aku xphm knapa mmpi yg sma jek + xde ending yg menarik

adakah...

1. teringat dkt org yg kita syg?
2. mainan tdo or gangguan syaitan?
3. petunjuk mungkin?
4. xbasuh kaki b4 tdo?
5. org yg kita mmpi tu tgh igt dkt kita?
6. org yg kita mmpi tu simbol kpd sumthin?
7. reflect kpd masa depan?
8. xde pape maksud dlm mmpi sb mmpi siang ari?
9. kita pk org tu b4 kita tdo?
10. kita mgharapkan prkara mcm tu x jadi knyataan, so bila pk bnyk sgt smpai terbawak dlm mmpi?

mna 1 jawapan yg betol??

renung-renungkan dan selamat berfikir  (",)

bila rindu kita stalk puas2
tp bila stalk, hati kita sakit..
mudahkan urusanku Ya Allah..
semoga ini yang terbaik


nota kaki :

buat bakal suami tercinta,
saya yakin awak akan datang bila tiba masa nanti,
saya yakin awak yg Dia tetapkan utk bimbing saya,
saya yakin awak akan jadi model terbaik utk anak-anak kita,
saya yakin saya tak akan menyesal bersama dengan awak :-)
saya hamba Allah yang selalu lalai dan leka,
semoga awak insan yang Dia utuskan utk saya,
& saya harap awak dapat terima kekurangan saya~

" Ketaatan saya hanya pada suami "

Isu-isu Berbangkit

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

entry baru utk taun baru dgn azam & smgt yg baru, kuang3~
banyak isu yg bole dibincangkan dlm entry kali ni ye..

1. taun 2012 


seperti mana yang kita ketahui, taun 2012 sudah pun berakhir kira2 23 hari yang lalu, yeayyy...petama kali dlm idup smbut new year dgn aktiviti yg sgt berfaedah, hua3~ ura-ura kata kiamat pada taun 2012 trbukti xbetol, rahsia Allah xde sape bole tawu ^_^

Welcome 2013, hoyeahh...


2. tanggal 4 Januari 2013

jam 9.45 pagi 22 taun lepas telah lahir seorg khalifah di muka bumi Allah.. hamba yg telah dipilih Allah utk pikul amanah & tggungjawab sbg seorg muslimah, sbg seorg anak, sbg seorg pelajar, sbg seorg kakak, sbg seorg adik, sbg seorg pendidik & In Shaa Allah sbg seorg isteri kpd SeORG suami yang soleh dan ibu kpd zuriat yg soleh & solehah :-)
semoga semakin singkat umo yg dikurniakan ini semakin brtambah ketaqwaan kpd Penciptanya ^_^ 
semoga sentiasa ditetapkan iman dlm hati
semoga lebih mengingati dan mencintai Allah & Rasul selagi nyawa tidak terpisah dari jasad
semoga lebih baik dari taun sblmnya
semoga dapat elakkan perbuatan yang menimbulkan kemurkaan Allah
semoga bertemu pemimpin yg akan mmbuka jalan ke Jannah kelak, In Shaa Allah ^_^
[semoga dpt berkahwin jgk pd taun keramat ni, wehehe]

saya sudah berumur 22 taun & saya layak untuk mengundi!! ok, majulah sukan utk negara~

3. Aktiviti sepanjang cuti semester lepas

memandangkan IPG mmg cuti sma dgn skolah, cuti yg sgtttt pnjg telah dihadiahkan, dkt 2 bulan jgk laa..byk gila bnda yg bole buat tym cuti.. utk taun 2012 lps mmg suma bnda yg buat tu brfaedah jee..kemas 1 umah, pindah2 bilik, join progrm DBP, holiday dgn fmly, ziarah kaum kerabat, spend masa dgn kawan2, & of cos la paling bnyk pegi keduri kawen..

i. Program DPB - Ziarah Seni 2012

wakil dari bakal2 guru 

wakil wilayah utara

wakil IPG Perlis (3 wilayah utara, 1 wilayah selatan)

ii. Holiday wif Family - Cameron Highlands

keciwi dgn se-te-raw-bea-ri

wif my hero~ syg ketat2!!

b4 balik at Century Pines

iklan smart phone

menggedik dlm taman bunga - Rose Centre

iii. Kenduri Kawen Sedara - Nurul Husna & Shaiful





nk cita suma in detail mmg xleh la, satg jenuh nk bca pulak, tp suma best2 laa~

4. Semester baru

semester yg paling sebuk, paling bnyk jalan2, paling bnyk kuarkan fulus, & paling penting! kui3.. da xleh memain sgt dh, da xleh ponteng kls sgt, da xleh dtg lewat kls slalu (skali skala tape laa), da xleh slekeh2 dh.. 1st tym nk msuk ngaja kat skolah nih, tah hape jadik nt xtau laa..abes la budak2 tu nt~wuhuhu.. cikgu mintak maap laa anak2.. T__T  azam semester ni, tamau tangguh esaimen, tamau bising2, tamau gosip2, tamau suma yg xelok dh, insaf~

two years to go!!!! yeayyy~ bakal merindui zaman muda2 dlu, sob3..

5. 16 Februari 2013

Bakal pegi jumpa pakwe no 1, hua3.. dop sabo doh nie :-)

comey sungguh la budak ni, haishh~ngeeee
(meleleh air liur tgk, wakaka)

selesai~ tima kasih kerana membaca, terbukti anda tengah boring skg! wakaka

nota kaki :-

tadi baru belajar cipta pantun, 
pantun yg dicipta msti ada mesej tersendiri sama ada secara terus or tersirat
pantun bwh ni mmg ada kaitan antara yang hidup, tp xde kaitan lgsg dgn yg dh mati
meh kita aplikasikan :-)

jodoh pertemuan rahsia Tuhan,
tiba masanya pasti bersatu,
bukan rupa jadi pilihan,
jujur dan setia yang nombor satu.

jauhkan aku dari bisikan syaitan,
takut terpesong dari agama-Mu,
aku meminta sejuta kekuatan,
Dia temukan aku denganmu ^_^


kpd bakal suami tersayang, 
meh amalkan doa ni, 
mudah-mudahan tiang agama kita kukuh..