Isu Kaf
Ha Waw Ya Nun bukan sahaja hangat diperkatakan dalam kalangan remaja
kita, tetapi sama juga halnya di Maghribi. Sampaikan ada yang percaya, jika
perempuan yang umurnya sudah dua puluh tiga tahun tetapi masih tidak berpunya,
itu petanda yang bahaya. Takut tidak berkahwin sehingga akhirnya.
Saya
sangat tertarik untuk berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai perkara yang
hangat diperkatakan oleh anak muda seperti saya. Isu Nikah Gantung atau Nikah
Khitbah memang isu yang sering kita dengarkan. Saya ada dua kisah untuk
dikongsi bersama. Kisah saya mungkin biasa-biasa sahaja penulisannya, tetapi
diharapkan semua mendapat manfaat bersama.
Kisah 1
Saya ada
seorang kawan, Azizah namanya. Perkenalan kami dimulakan oleh Azizah, sewaktu
dia menegur saya di surau. Agaknya dia tahu saya orang asing melalui pakaian
saya, lalu dimulakan salam dan perkenalan.
Dia
sangat baik orangnya, alim dan cantik. Setiap kali berjumpa, pasti saya akan
dipeluk dengan kuat dan diciumnya pipi dengan erat. Hari-hari di semester satu
berlalu dengan indahnya dengan perkongsian cerita dan ilmu. Walaupun Azizah
pelajar Ilmu Sosiologi, saya pula dalam bidang Bahasa Arab, tetapi bagaikan ada
satu kimia yang menghubungkan hati kami dan kami sangat selesa bersama.
Sehinggakan
sewaktu kami berjumpa lagi di dalam surau, Azizah bertanya kepada saya:
"Husna, apa yang awak dah buat kat saya ni?"
"Saya selalu rindu awak."
Terharu
mendengarkan ayatnya, saya membalas,
"Saya pun tak tahu kenapa, semoga dengan ukhuwah ini membawa
kita ke syurga." Sambil tersenyum memandangnya.
Pada
suatu hari, kebetulan kami memang tiada kelas pada waktu yang sama, Azizah
mengajak saya berjalan-jalan bersama ke taman. Kami duduk di tepi taman
berhadapan court bola. Soal Azizah kepada saya memulakan bicara.
"Boleh tak awak ceritakan serba sedikit adat perkahwinan di
tempat awak?" Ligat otak saya mencari ayat, menyusun cerita
mengenai adat. Haruslah dikongsi dari awal pertemuan bukan?
Secara
ringkas, saya bercerita turutan daripada tunang hinggalah ke majlis perkahwinan.
Dia bertanya lagi.
"Kamu sudah bertunang ke?"Tersengih
senyuman saya melebar ke telinga.
"Semestinya belum lagi." jawab
saya.
Rupa-rupanya,
Azizah ingin memberitahu bahawa dia sudah bertunang tiga hari lepas dengan anak
jirannya. Dia tidak pernah kenal siapa, tetapi ibunya sangat berkenan dengan
Azizah dan ingin masuk meminang. Azizah bersetuju kerana jejaka tersebut
katanya sangat sopan dan baik budi pekerti menghormati ibu bapa walaupun tidak
pernah bersua muka.
Seminggu
berlalu, kami berjumpa lagi. Kini Azizah dengan penuh perasaannya menceritakan
bahawa dia sudah berkahwin di atas kertas. Menulis akad. Tetapi masih belum
melangsungkan majlis perkahwinan.
Katanya,
dia masih duduk bersama ibunya dan bukan bersama suaminya. Selepas tiga bulan,
suami mengumpul wang secukupnya, rumah sudah tersedia barulah Azizah akan
berpisah dengan ibunya. Terkejut. Keliru. Masih tidak faham. Itulah situasi
saya ketika Azizah menceritakan statusnya pada bulan April ketika itu.
Tiga
bulan berlalu, saya dan Yusra dijemput untuk ke majlis perkahwinannya. Meriah!
Berwarna-warni penuh dengan muzik taqlidi dan madah nabawi. Kami dibawa Azizah
dari awal sebelum majlis perkahwinan bermula sehingga majlis tamat. Sempat kami
menjamah kuskus di rumah ibunya.
Selesai
kuskus habis dijamah, suami Azizah datang untuk menjemputnya, pada saat itu
ibunya mengalirkan air mata kerana Azizah tidak akan lagi tinggal bersamanya.
Kemudian dari rumah ibu Azizah kami dibawa ke rumah barunya yang lengkap
berperabot, peti ais, microwave, TV LCD Skrin dan lain-lain lagi.
Seterusnya
kami dibawa pula ke tempat bersolek dan akhirnya kami ke majlis perkahwinannya
di sebelah malam yang tamat sehingga pukul lima pagi. Fuhh, pertama kali tidak
tidur malam hadiri majlis kahwin.
Ini
contoh Nikah Khitbah.
Indah
bukan?
Kisah 2
Nawal
yang kecil molek orangnya menyusun langkah rapi ke kuliah di pagi hari Isnin.
Sedang asyik berjalan laju mengejar masa sebelum kelas bermula, dia tersempak
dengan saya di pertengahan jalan sebelum saya melintas ke seberang untuk sampai
ke kuliah. Dia menepuk perlahan bahu saya. Sambil memberi salam dan bertanya
khabar, kami sama-sama berjalan ke kuliah dalam keadaan tergesa-gesa.
Peluang
ini saya ambil untuk mengucapkan tahniah kepadanya di atas perkahwinan yang
telah dilangsungkan. Rupa-rupanya, Nawal juga masih belum melangsungkan majlis
tetapi sudah berakad nikah di atas kertas.
Situasi
yang sama seperti Azizah diceritakan kepada saya. Nawal berkahwin dengan
kenalan abangnya yang baru sahaja dikenali. Tidak memerlukan masa pertunangan
yang lama, mereka terus melafazkan akad nikah tetapi masih belum duduk serumah.
Suaminya sedang bekerja mengumpulkan duit secukupnya supaya Nawal boleh tinggal
dengan selesa di rumah miliknya.
Nawal
yang sentiasa mengenakan pakaian salafi gelap, bertudung litup seluruh badan
leka bercerita saat pertemuannya sehinggalah kami tiba di pintu masuk kuliah.
Oleh sebab kelas kami berlainan, jadi saya minta izin untuk ke arah yang
bertentangan. Sebelum berpisah dengannya, Nawal sempat berpesan kepada saya untuk
memberitahu Yusra yang dia mahu datang ke rumah untuk menggunakan internet.
Pada sebelah petangnya, Nawal datang ke rumah kami seusai kelasnya
tamat. Sememangnya rumah kami tidak ubah seperti sebuah Cyber Cafe,
maka ramailah kawan-kawan kami singgah untuk menggunakan internet walaupun
sekejap sahaja.
Nawal masuk dan terus ke bilik Yusra untuk menggunakan laptopnya.
Sebelum MSN Messengerdibuka, Nawal berhias secantiknya untuk duduk
di hadapan komputer.
Kenapa
dia berhias untuk kami?
Perlu ke
menggunakan internet sambil berhias diri?
Nawal sebenarnya hendak berjumpa si buah hati. Ya, dia sedang
bersiap untuk berdatingdengan suami. Sweet bukan?
Oh Tuhan, saat dia berada di hadapan komputer berwebcam dengan
suami tercinta, kami terasa sangat gembira dan bangga dapat menolong orang berdating buat
kali pertamanya.Dating yang halal dan membawa pahala.
Alhamdulillah,
sekarang Nawal sudah mengandung enam bulan. Walaupun begitu, dia tetap gagahkan
diri belajar di kuliah selagi termampu.
Kisah ini
juga contoh Nikah Khitbah. Indah bukan?
Adat
Melayu kita menampakkan proses perkahwinan itu adalah sesuatu yang sangat
kompleks urutannya. Pada hakikatnya, ianya sangat mudah.
Setiap
perkahwinan itu sentiasa kita impikan keindahan berpanjangan. Namun harus
diingatkan juga, niat untuk membina sebuah masjid itu perlu dibetulkan. Tanya
diri semula.
Mengapa
aku ingin berkahwin?
Sudah
sediakah aku menjadi seorang suami?
Mampukah
aku bergelar seorang isteri?
Jikalau
jawapan yang diberikan masih tidak, maka sebaiknya kita beristighfar selalu,
berpuasa dan dekatkan diri kepada Allah S.W.T dalam masa yang sama kita
persiapkan diri untuk sebuah perkahwinan nanti.
Utamakan
perkara yang lain terlebih dahulu. Sibukkan diri dengan perbaiki dan
kenali diri. Tidak perlu terburu-buru dalam hal mendirikan rumah tangga,
takut-takut juga nanti berakhir dengan perceraian. Bercerai dalam usia yang
muda. Nauzubillah.
Bercouple, berpasangan, bercinta, berkasih sayang, namun
hubungan tersebut masih tidak diikat dengan sebuah ikatan yang sah takut-takut
hanya membawa kemurkaan Allah SW.T.
Sudah pasti perkara tersebut melalaikan kita dan menjauhkan kita
daripada-Nya. Semua orang senang berkata, "Takpe, yang penting
kita jaga hati." Tetapi hanya Allah S.W.T dan diri sendiri tahu
sejauh mana kita mampu menjaga hati kita.
Sebuah
perkahwinan yang diberkati Allah S.W.T menjadi dambaan semua.
Kita juga
mengimpikan anak soleh dan solehah penyejuk mata.
Maka dari
permulaannya lagilah perlu kita jaga.
Mungkin ada yang akan bercakap, "Mudahlah awk
berkata-kata, awak masih belum diuji, tunggulah nanti."
Mungkin
saya belum diuji, mungkin saya pula akan kalah nanti, tetapi saya sedang
persiapkan diri.
Sebagai
sahabat, saya hanya ingin beringat. Kelak, ada pula yang mengingatkan saya di
saat saya sesat.
saya hanya menyampaikan, semoga akan ada yang lain datang mengingatkan saya di saat saya leka ^_^
No comments:
Post a Comment