Jawapan kpd Soalan Bapak Mertua

tgk tajuk pon dh tau kn..
saje nk bg suggestion utk mana2 anak teruna yang ada niat nk kawen awal or nikah gantung or khitbah tp xtau nk bg alasan ape dkt bapaknye :-)
idea dicedok dr salah satu blog yg diteroka
semoga bermanfaat..
Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya: “Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 8 alasan engkau.”
1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik
*klu bapaknye mntk 10 alasan, korg carik la sndri k** hahaha
so, layan la Ustaz feveret ambo nie ^_^
selamat mencuba :-)
notakaki :
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Namun,
janganlah menjadi pembelot laksana Isteri Nabi Lut,
membongkar rahsia suami adanya tiga pemuda di rumahnya...
janganlah menjadi seperti firaun,
mahligai tiraninya menjadi saksi iman Asiah
janganlah menjadi seperti Abu Lahab,
kisah cintanya bersama Ummu Jamil
membawa ke neraka Allah
Sayang, pandulah cinta kita untuk ke syurga-Nya...

5 comments: