Ohh Diskalkulia

ok, seperti tajuk entry di atas..

DISKALKULIA

apekah menatang ini?

ni la penyakit  ok bukan pnyakit tp masalah pembelajaran yg lebih kurang mcm disleksia..
[kira mcm sedara sepapat dia la]

ok, knpa tetiba ckp psl masalah pembelajaran plak kn..
[sb sayakan ckgu.., tgn ke dada, mata juling sket]

ada sorg enchik senior yg terbgtau psl diskalkulia ni, klu x sampai bebila pon aku bengong gk xtau
thanx to Enchik Senior kerana membuat sy teruja dgn penyakit baru ni :-)

kusangkakan panas hingga ke petang, upanya ribut di tengah ari..~
ingatkn slama ni aku normal, upanya tergolong dlm mslh pembelajaran jugak..
patot la selama aku p sekola  5 tahun.. ok 5 TAHUN yeaa!!!

xpenah skali pon dapat A!!

ok, TAK PERNAH~
[cukup besa x?hahaha]

nah baca sndri apekah itu Diskalkulia? keke..
[ aku dh abes google dh baca pasai menatang ni ]

Merujuk kepada istilah sastera, "Dys" dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran, "Calculia" dalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan/pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008).

Menurut Departmant for Education Skills 2001(DfES), Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai / memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Contohnya, mereka tahu 3+5=8, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+3=8. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri. (Messenger et al).


so kat bwh ni antara simptom2 dia..
so bole check kot2 hangpa2 pon ada jugak, hahaha

1. sukar mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -, x dan ÷
2. tidak dapat menentukan nilai terbesar antara 23 dan 32
3. sukar mengira dalam bilangan 2 atau 5 dan sebagainya serta tertib menurun
4. sukar membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair
5. sukar mengira wang atau melihat masa
6.sukar membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang
7. sukar menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik
8. Lemah dalam pengiraan spontan.
9. sukar membaca not-not muzik
10. koordinasi gerak tubuh yang buruk; sukar untuk mengikuti senaman aerobik atau menari
11. bermasalah dalm kedudukan geografi,lokasi atau kedudukan
12. Umumnya anak-anak diskalkulia memiliki kemampuan bahasa yang normal (baik verbal, membaca, menulis atau mengingat kalimat yang tertulis).
13. Kesulitan memahami konsep waktu dan arah. Akibatnya,sering kali mereka datang terlambat ke sekolah atau ke suatu acara.
14. Salah dalam mengingat atau menyebutkan kembali nama orang.

ada x simptom2 ni dkt kamu?
klu ada kita geng, hahaha

ada 3 punca knapa bole jd diskalkulia ni...

1. Wujud sejak lahir atas faktor genetik
Kecederaan pada otak sebelah kiri berdekatan dengan telinga.
kerana otak kiri berfungsi menterjemahkan angka-angka

2. Pendedahan awal matematik yang terdesak
pendedahan sebelum kanak-kanak bersedia untuk menerima konsep matematik menyebabkan kanak-kanak berasa bimbang apabila berhadapan dengan soalan matematik dan menjadi fobia

3. Faktor pengajaran di sekolah
Pelajar yang lemah tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan sepunuhnya kerana guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran seperti yang ditetapkan.

 Pengajaran konsep matematik diabaikan kerana guru mengajar dan melatih pelajar bersarankan ujian dan peperiksaan.

jadi, bakal2 guru/ bakal2 ibu bapa sekalian, ajar la anak2 murid/anak2 anda dengan baik~

tQ Enchik Senior sb bagi ilmu baru ari ni, hahaha
[ok saham x jatuh sb xmention nama kamu, sesapa nk bknlan bole PM sy ye,hehe]


opp, lupa nk ckp..masalah ni untuk matematik je ye :-)

the End, huhu

nota kaki:

Kpd bakal suami tercinta,
kamu tergolong dlm geng sy ke x? hehe...
sy diskalkulia, kamu disleksia..hahaha
saling melengkapi
(ok, yg ni aku merepek!~ lalala)


No comments:

Post a Comment