Saya & Dia


Huh.assgment dh abes..bleh la merdeka kejap..rindu kat blog ni, dh lma sgt x conteng pape..
Baru-baru ni, masa tengah lepak golek-golek atas katil aku yang empuk tu, tetiba aku ter-pk nk delete suma entry-entry lama yang merepek-repek & tak ilmiah tu..jadi keputusan dh di buat, aku finally mendelete entry-entry lepas. So ringan skit la blog aku pasni~
Skg pon blog aku ni tetap x ilmiah mna pon, tp at least ada gk manfaat dari duk merepek x tentu hala dlu kn? Berat tahap gajah la hati ni nk delete suma post yg dah d post dulu, tp atas nasihat diri sendiri aku pk-pk xdak guna simpan pon post tu.:-)
Cukup la merepek skit-skit. Haa..knpa headline dia ‘Saya dan Dia’??kuang3...
Aku nk me-reveal-kn Dia yg slama ni duk dgr aku merepek..first tym ni nk mention sal Dia..maklum la agak lma jugak la lost contact, kira-kira 3 mggu gk la tak dgq berita..then 2 ari lepas tetiba aku rsa nk p cari dia, hehehe...(saya seorang yg x malu ye)
Yang jd cita aku p cari nk bkn sbb pe sgt. Tp aku rsa cm nk marah sekumpulan manusia. Tu yg kna cari tempat nk luah tu. D-sbb-kn xdak orang len dh, Dia la jd mangsa. Mengadu la pnya ngadu, sampai teriak-teriak la pnya over nk kata... Dia pon dgq jaa~~
Dia kata kat aku ngadu la sebanyak mana pon sampai aku puas sb Dia kata Dia xpnh jemu pon kat aku. (tym ni aku btol2 rasa terharu babas la).. Dia kata lg, Dia lg suka aku cari Dia dari cari orang lain, aku pon apa lg, bertambah-tmbah terharu laa..
Sebelum menhabiskan conversation dengan Dia, Dia ada pesan suh aku bnyk-bnyk bersabar dengan ujian-ujian ni, sb manusia ni bkn sempurna sgt. Kadang-kadang selalu wat salah (tp duk prasan kata betol,haha)..
Dia nasehat aku pastu Dia bagi ayat ni:-
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,”
-Surah Al-Baqarah ayat 286-
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
-Surah Al-Baqarah ayat 45-
“……dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12-


note: Dia la Allah SWT yang xpnh jemu dgr luahan hati hamba2nya, Dia lah Allah yg xpernah tdo, xpernah lalai & xpernah sesaat pon terlepas pandang tntg pe yg jd kat muka bumi ciptaan Dia ni..Dialah sja tmpt tuk mengadu mslh, Dia jugak la yg bagi ketenangan kat hati-hati kita~

beBUKA Puasa



kpd mat yan :- aku copy hg pnya entry sb mls nk taip dh, harap maklum~hahaha


September 6,2010. Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, 7.55pm.

berbuka puasa yg dirancang dalam masa kurang 2 jam. ;))
(tp aku wat kptsan nk join bkk posa kurg dari 10 mnt pas mat Yan kol, haha)


Asalnya 3 orang.

Roger2. Bertambah sorang dekat Bertam. Tak roger pon teros pergi.
Bertambah sorang dekat Guar Perahu.

Roger2. Bertambah sorang masa dekat Gurney Plaza.

Roger2
. Bertambah 3 orang yang dah memang ada dekat Sunway Carnival.

Roger2. Bertambah 2 orang dari Kepala Batas.

Roger2. Bertambah sorang dari Butterworth ambik sorang dari Kepala Batas.

Jadi 13 orang.

Dari Jordan, Johor,KL,Selangor,Sabah,Kedah, Perak,Penang, Perlis suma ada. ;p

note: shri sblm blk cuti ritu bkk posa umh clasmate aku (ameck), gmba nt aku upload~

MeMo Reunion SMAI 04-08

salam...

kepada semua..


seperti yg dijadualkan REUNION...



-14/9/2010 (raya ke-5) (selasa)

-SMAI

-10 pg - 3ptg (lbh kurg la)


sehubungn dgn itu, setelah brbincang dgn beberapa org...bayaran yg akan dikutip utk setiap org ialah RM20.00 sahaja (murah sajaaaaaa)....


so, tolg bank in duet2 trsebut dekat no akaun BSN nie


=) 07111-29-00015021-1

- mohamad ikmal hisyam bin maslil (tmpg bank mat)..haha

then sapa2 yg dah bank in..

sila antr msg kat no aku (shahirun)

-0195199988 or 0174765636



satu lagi..kalo bolh tolg bank in b4 kamis nie or slwatnya2 kamis nie...

then masa hari reunion..


tolg bwa slip deposit bank yg angpa dpt msa bank in duet, sbg bahan bukti...(kpd yg bolh access aku, kalo xmau bank in pown..bolh..bg ja kat aku tros)



so mnta krjasama suma tolg sebarkan kat org lain..

bg mnjayakan reunion kita...



note: memandangkan aku xdak FB, post gna blog pon ok la, hahaha (xsaba nyer, ngee)

Fitnah WANITA & adab yg perlu di jaga

Islam telah menegaskan kepada kita bahawa suara perempuan adalah aurat yang mesti ditutup dengan diam, kerana suara mereka adalah kunci hati lelaki yang dapat membuka pintu kepada pelbagai fitnah. Atas sebab yang sama Allah melarang perempuan melembut-lembutkan suara di hadapan lelaki, sebab suara yang demikian akan mengundang reaksi tidak baik di hati-hati lelaki yang menghidap penyakit. Maka jika mata suka memandang kepada sesuatu yang cantik dan indah, telinga pula amat gemar mendengar suara yang merdu dan manja. Fitnah yang ditimbulkan suara tidak terbatas kepada suara para penyanyi wanita sahaja, tetapi boleh juga timbul dari suara semua wanita. Hatta dalam solat, berhadapan dengan Allah pun, tidak diharuskan wanita mengangkat dan meninggikan suara sekiranya imam solat tersalah, tapi disuruh menepuk tangan sahaja. Suara wanita ditakuti mengganggu kekhusyukan solat orang lain.

Bergurau senda dengan perempuan adalah salah satu sebab paling kuat untuk mendengar suara mereka, suara yang menjadi pesona luar biasa bagi lelaki. Sering kita terdengar orang berkata: si dia memiliki suara manja, merdu, lunak dan memikat hati dan lain-lain. Atau, dia mempunyai suara serak-serak basah dan berirama dan sebagainya. Kerana tertariknya mereka kepada suara wanita, mereka memandangnya sebagai perkara yang harus dipuja lebih daripada segalanya. Apakah hal seperti itu bukan fitnah namanya? Lebih-lebih lagi apabila kalmat-kalimat yang diucapkannya disertai dengan senyuman yang mengandungi pelbagai makna dan tafsiran. Kebanyakan wanita, setiap kali bercakap akan diikuti dengan senyuman. Ini adalah adat mereka. Dengan cara begini barangkali mereka merasakan harga diri mereka terjaga dan terpelihara. Ini juga termasuk fitnah yang dahsyat!!!

Ada sesetengah wanita gemar bercakap dengan kaum lelaki, mereka tidak merasakan hal itu suatu kesalahan. Di samping bercakap dengan mulut, mereka juga bercakap dengan isyarat mata dan pandangannya. Tetapi ada juga di kalangan wanita yang tidak gemar bercakap dengan kaum lelaki, cukup dengan pandangan mata sahaja. Mereka mengutarakan isi hati mereka melalui mata dan pandangan sahaja. Hubungan antara mata dan hati adalah hubungan yang tidak dapat disembunyikan. Apa yang terdetik di dalam hati akan kelihatan di mata. Di dalam al-Quran telah digambarkan bahawa selamanya hati dan mata mempunyai hubungan yang erat. Allah menjelaskan bahawa setiap yang tersembunyi di dalam relung hati dan yang terkandung di dalam mata adalah jelas dalam ilmu-Nya.

Yang menjadi fitnah bukanlah kerana mata itu indah dan mempesona sahaja, bukan pula kerana wanita itu memiliki bulu mata yang panjang dan alis mata yang lentik sehingga dengan mudah menerobos ke dalam hati tanpa izin, bukan pula kerana anak mata yang hitam berkilat atau yang kebiru-biruan. Tetapi, sebenarnya yang menjadi fitnah itu ialah kemampuan mata wanita itu menyatakan keinginan hatinya, melontarkan pandangan yang lembut, seolah-olah dia memanggil-manggil dan mengajak pada suatu ketika, dan dia menjanjikan sesuatu pada ketika yang lain.

Agar tidak terpengaruh oleh kecantikan dan pesona mata wanita, Islam menyarankan supaya tidak memandang mereka dan menundukkan pandangan bila berhadapan dengan wanita. Demikian juga, kaum wanita juga dituntut supaya tidak memandang lelaki dan mengelakkan diri mereka daripada pandangan kaum lelaki. Hal yang demikian disebabkan kerana dirinya sendiri adalah fitnah yang berganda. Kata orang, fitnah yang timbul dari mata dan dari suara wanita, sama-sama berbahaya. Dan, seorang fitnah itu tahu bahawa mereka memiliki kedua-dua senjata ini. Mereka kadang-kadang menggunakannya tidak kepada yang disuruh dan yang dibolehkan iaitu kepada suami mereka, tetapi mereka menggunakannya kepada yang tidak sepatutnya.

Oleh sebab itu, Islam melarang memandang kepada benda-benda yang haram, seperti seorang wanita memandang kepada lelaki ajnabi dan seorang lelaki memandang kepada wanita. Kerana pandangan mata itu lamanya mungkin cuma satu atau dua saat, namun bekasnya dapat kekal di dalam hati sepanjang hayat!!

Tubuh wanita juga boleh menimbulkan fitnah. Fitnah yang bagaimana? Mempamerkan kecantikan tubuh terutamanya dengan membuka aurat adalah satu fitnah yang pasti. Hal ini akan membawa fitnah bagi setiap lelaki apabila seorang wanita tidak menutup auratnya, apalagi kalau ia memamerkan bentuk tubuhnya yang seharusnya mereka tutupi dan sembunyikan. Apatah lagi dengan ‘trend’ golongan kini yang suka menggayakan busana-busana ‘muslimah’ yang kononnya berpakaian menurut Islam dan berhias berlebih-lebihan (bertabaruj) sehingga menyebabkan lelaki tergoda. Ini juga merupakan suatu fitnah.

Keluar rumah tanpa ada keperluan, atau meninggalkan tanggung jawab rumahtangga merupakan satu fitnah wanita yang timbul dari golongan wanita kini terutamanya yang telah bekerjaya ataupun golongan wanita muada-mudi. Betapa ramai kaum wanita disebabkan mengejar urusan dunia, mereka tinggalkan anak-anak mereka, mereka serahkan urusan anak mereka sepenuhnya kepada pembantu sehingga menimbulkan akibat dimana tidak terjalinnya kasih sayang antara anak dengan ibunya.

Apa yang lebih teruk lagi apabila wanita ingin dijadikan ‘barang dagangan’ atau dalam bahasa yang lebih lembutnya, inginkan diri mereka dipaparkan di dalam iklan, media massa, majalah, televisyen, suratkhabar, dan sebagainya. Bahkan penilaian terhadap mereka dilakukan secara fizikal sahaja yakni pada luaran.

Bercampurgaul antara lelaki dan perempuan dalam berbagai tempat, baik di dalam lingkungan pekerjaan, pendidikan dan sebagainya,mengakibatkan terjadinya perbuatan maksiat seperti zina, pergaulan bebas, perselingkuhan dan lain sebagainya. Hal ini sebenarnya merupakan satu propoganda musuh-musuh Islam, musuh-musuh syariat Islam yang ingin merosakkan umat Islam melalui wanita. Mereka membuka ‘laluan’ pekerjaan yang hanya untuk wanita, sehingga terjadinya pengangguran di kalangan lelaki, akhirnya timbullah kerosakan. Mereka merosakkan aqidah umat Islam melalui wanita dengan menanamkan pelbagai syubhat, diantaranya persamaan taraf lelaki dan wanita.

Adab-adab yang perlu dijaga oleh wanita:

i)Pandang Memandang

Firman Allah yang bermaksud :-

“Dan katakanlah olehmu (Muhammad), kepada orang-orang perempuan yang beriman: Hendaklah mereka itu memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka….” (Surah An Nur : Ayat 31)

Buraidah r.a. berkata: Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a. : “Ya Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangandengan satu pandangan yang kedua, kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja (terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, Turmudzy dan Al Hakim)

ii)Bertemu Muka Sendirian

Rasulullah SAW telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka janganlah ia bertemu sendirian di satu tempat dengan seorang wanita yang tidak ada sertanya mahram daripadanya, kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan.” (Riwayat Imam Ahmad dari Jabir r.a.)

“Janganlah seorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya, kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan, kecuali jika dengan mahram.” (Riwayat Imam Ahmad dari Amir bin Rabie’ah r.a.).

iii)Berjabat Tangan

Aisyah r.a. berkata: “Tidak, demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w. menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain, hanya ia membai’at mereka itu dengan percakapan.”(Riwayat Imam-Imam Bukhari, Muslim dan Turmudzy).

iv)Pakaian Di Luar Rumah

Firman Allah yang ertinya :

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang apa yang telah tampak daripadanya; dan hendaklah mereka itu mengulurkan tudungkepala mereka atas leher dan dada mereka.” (Surah An Nur: Ayat 31)

v) Adab Bermusafir

Sabda Rasulullah SAW :”Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, jika hendak bepergian sejauh perjalanan sehari dan semalam, melainkan jika bersama seorang mahramnya.” (Riwayat Imam-Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Turmudzy dari sh. Abi Hurairah r.a.)

vi) Hak Pendidikan

Kata Abu Said r.a. : “Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: “Ya Rasulullah! Orang-orang lelaki telah dapat pengajaran dengan hadith (sabda) engkau, maka itu jadikanlah bagi kita, orang-orang wanita, dari engkau suatu hari yang kita agar dapat datang kepada engkau,agar engkau memberikan pengajaran atas kita dari pada apa yang telah Allah berikan atas engkau (berupa tazkirah).” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah kamu sekalian berkumpul pada hari ini di tempat ini.”(Riwayat Imam Bukhari)

vii) Larangan Menunjukkan Perhiasan

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan janganlah mereka menghentakkan kaki-kaki mereka, agar diketahui barang apa yang tersembunyi daripada perhiasaan-perhiasan mereka.” (Surah An Nur: Ayat 31)

Ke mana perginya adab-adab ini?

Islam sebenarnya mengangkat darjat wanita, memuliakannya sesuai dengan fitrah yang Allah S.W.T ciptakan, sehingga Islam membuat aturan-aturan yang adil terhadap wanita. Oleh kerana itu, hendaklah kaum lelaki bertaqwa
kepada Allah dalam menghadapi pelbagai fitnah wanita, kerana Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali fitnah para wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Sedarilah duhai para wanita muslimah yang ingin menyelamatkan dirinya dan agamanya dari pelbagai macam fitnah. Tunjukkan kebaikan diri anda dengan memelihara diri dari hal-hal yang terlarang dalam agama. Janganlah terpedaya dengan tipu daya dan gemerlapnya dunia. Wahai para wanita muslimah, jangan kalian tertipu dengan slogan; hak asasi manusia ataupun hak asasi wanita, lalu anda mau menjual diri anda dengan harga yang sedikit. Anda korbankan diri dan kehormatan anda hanya untuk sekedar memenuhi kehidupan yang sementara ini. Ingatlah bahawasanya kita tidaklah hidup selamanya. Ketika kematian menjemput kita, apakah yang akan kita bawa sebagai bekal di akhirat kelak ? Renungkanlah wahai saudariku, mudah-mudahan dengan mengamalkan wasiat ini akan menjadikan kita golongan orang yang selamat, kerana sesungguhnya kebanyakan dari isi neraka adalah kaum wanita, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W: “Aku telah melihat syurga dan ku lihat kebanyakan dari penghuninya adalah orang-orang miskin dan aku telah melihat neraka maka kebanyakan dari penghuninya adalah para wanita.” (HR Bukhari dan Muslim).

note: sy turut mengingatkan diri sendiri~

credit to azzariyat~

jalan-jalan mendekati zina

Sejak akhir2 ni bnyk sgt kes yang xbmoral. Lagi sedih bnyk yang wat hal tu bila tnya agama apa? Jawab agama ISLAM, adehh..ngaku islam tp wat kja bukan2..

baru2 ni tym tgh carik2 artikel untuk wat asgment, sy ada terbaca satu blog yg bncang mslh2 sosial remaja zmn skg ni..bila bca blk, pk2 skit kn. Tetiba rasa macam otak sy ckp “ aaa, btol2 pe yg dia tulih tu” (ada ke otak bcakap?)

bnyk remaja yg dh menyimpang sb prgaulan bebas zmn skg ni (point : jga batas pergaulan). Hukum2 dlm Islam suma pandang remeh. Sbnya Allah xbalas CASH lagi..tp rasanya skg ni byk je Dia bg CASH & CARRY..xde tunggak2 dh.. (sy turut mengingtkan diri sy jgk)

apa sbenarnya yg buat kita jd cmni??

Ada 1 laman yg sy baca ni dia kata sb perempuan. Saya pon pk2 lg...hmm, btol jgk klu sb pmpn..

‘Takutlah (berhati-hatilah) kalian dengan dunia dan takutlah kalian terhadap fitnah wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa bani Israil adalah dalam urusan wanita.’ [Hadis Riwayat Muslim]

Pmpn itu fitnah bagi lelaki? (Setuju??)

Ada lg 1 pndangan sal fitnah yang saya baca..

“dalam Al-Quran sndri bila Allah nk tegaskan hukuman untuk seorang pencuri, Allah sebut pencuri lelaki dlu, then bru pencuri pmpn.. berbeza dlm hal zina, Allah sebut ‘penzina-penzina wanita’ dlu bru diikuti lelaki.....kesimpulannya kat sni baik pmpn or laki, 2 2 kna jga batasan..tp pmpn la kna jga maruah, well kerana dirimu begitu berharga :-)

(credit to HambaAllah)

Knpa plak couple xboleh klu xbuat apa2??

Jwapn (Ustaz Muhammad bin Sholih):

(Jwpn dia pnjg tp sy pndekkan je la k) : jalan-jalan yang mendekatkan kita kpd zina:-

1. Memandang wanita dan auratnya termasuk wajahnya. (jd kna tutup aurat)

Note : ada satu ari tu, salah sorg clasmate saya tego..

“eh, (dia ckp nma sy)..mna p stokin hg?”...

Wlupon ditnya dlm keadaan nk gurau KOT, tp buat sy tetiba sedaR skit, sy igt dh tutup suma tp ada lg yg tertinggal

Seluruh badan dh msuk Syurga tp satu je lg x dapat nk masuk, kaki je tinggal ~ ayat sorg budak PAI maktab sy~

2. Pendengaran

3. Ikhtilath – percampuran antara laki ngn pmpn

4. Khlawat – berdua-duaan

Dan yang paling bahaya adalah yg ke-4.. sb bila ada 2 je x cukup syarat, mesti ada kawan’ yg ke-3 (iblis laknatullah)..

Jadi kesimpulannya, elak la 4 bnda ni slagi mana yg termampu..memandangkan bnyk kekurangan saya masa zaman muda-muda dlu (skg pon muda lg). jadik saya turut mengingatkan diri saya. moga-moga xtersimpang jauh dr landasan islam~

p/s : pasni ada satu entry saya nk post~copy paste pnya, haha