Tips Untuk Para Suami


ok, td pagi ada terbaca satu post dari Dr Fadzilah Kamsah, & mcm biasa la post utk keharmonian rumahtangga, ekeke~

so layan la 50 Tips yg berguna untuk para suami drpd Dr. nie..

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.


ok tamat la 10 tips 1st, klu nk tau baki lg 40 tips, klik laman >> fesbuk << nie.. [ jgn lupa like page tu ] :-)

tQ..

notakaki:

Sabda Rasulullah S.A.W : " Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun ".

bakal suami tersayang,
semoga kamu insan terpilih
yang mengamalkan sunnah2 Rasul S.A.W ^_^

21 Taun Berlalu ^_^


mulai post ni, stiap entry akan dimulakan dgn kalimah suci seperti di atas, heee~ (alhamdulillah, keke)

baru arini dpt kelapangan nk mengadap enchik lappy yg comel nih, hik3 

Special post utk Encik Nazirul Syafiq yg dh selamat dilahirkan pada tanggal 19 Disember 2012, 21 taun yg lepas, ngee..

yeayyy!!!

21 taun sudaaa

jadik, Selamat Hari Lahir mok!

semoga 
* kamu menjadi lebih baik dr taun2 sblmnya :-)
* dpt capai suma azam smpena bufday nih :-)
* sentiasa dalam rahmat & redha Allah :-)
* sentiasa murah rezeki & berjaya dlm idup :-)

dinner yg sangattt sedap at Wong Solo Ampang~

 with HIM >>


bufday boy (boy lg ke?keke)
yg semakin membesar dgn sehat ^_^
da bole jadik bapak budak dh ni~hahaha..

oke, Heppy Bufday syg!! ngee~

note : hadiah tuntut kemudian okes~

Proud to be One of THEM


semalam godek2 fB jumpe bnda best pasal guru, maklum la bila org announce kata gaji guru naik ritu..ramai la yg mcm pertikaikan knpa gaji guru naik lagi, kononnya guru ni da la keja senang & cuti pulak bnyk kn..di tambah pulak sebulan lepas ade sorg enginer nama Cik Yana kot klu xsilap [betolkn klu sy silap].. Cik Enginer ni ada menyuarakan pendapat/pandangan die tntg profesion guru nih..

bila baca balik post dkt fB tu, kepala mcm automatik angguk2 tnda mcm stuju, keh3..meh baca sesama kat bwh ni...


1. Time pertandingan bola :- cikgu jd REFEREE.. buat garisan padang... buat persiapan padang... buat kertas kerja... jadi PBSM tengah padang... bila murid kalah, cikgu x pandai ajar.... kalau menang.. budak tu pandai main...

2. Time budak nak bertanding apa2 acara:- cikgu jd JURULATIH, kalau KALAH, cikgu kene kritik... cikgu x pandai ajar...

3. Time aktiviti KH :- cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak tersalah ketuk... Cikgu kene marah... cikgu x pandai jaga...

4. Time kutip yuran :- cikgu jd AKAUNTAN.. kalau tak cukup... cikgu dahulukan duit.. bila cikgu minta dari parent... Mak bapa cakap, cikgu ni asyik minta duit....

5. Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan utk murid) :- cikgu jd PELAYAN.. kalau murid tak dapat RMT.... kata cikgu pilih kasih tak bagi murid tu makan....

6. Time budak sakit :- cikgu jd DOKTOR.. bila da tolong, kata cikgu punca anak murid sakit... 

7. Time hias kelas :- cikgu jd PELUKIS SENI.. cikgu cat kelas... suruh murid? habis kene
baju murid... esok dapat teguran dari parent... ape cikgu ajar ni???

8. Time persembahan hari guru :- cikgu jd KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak pandai buat persembahan...

9. Time baiki kerusi rosak :- cikgu jd TUKANG KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa??

10. Time budak muntah/berak dlm kelas :-  cikgu jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa..
jawapan.. anak saya mmg macam tu....

11. Time budak mencuri :- cikgu jd DETEKTIF.. nak hukum budak.. esok dapat saman dari
parent.. bila bagi tau parent... parent cakap tak per... budak2...

12. Time budak wat persembahan :- cikgu jd PHOTOGRAPHER... yg ajar budak persembahan.. cikgu juga... kalau terbaik... kata budak berbakat... kalau tak elok.. kata
cikgu x reti ajar... cikgu lagi...

13. Time perkhemahan :- cikgu jd TENTERA.. cikgu jadi PAK GUARD siang dan malam... untuk pastikan anak murid sedap tidur... cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg kerja cikgu...

14. Time hari kantin :- cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM... bila naik kan harga sikit.. kata cikgu nak kaut untung atas angin.. tp sebenarnya nak kumpul dana sekolah...

15. Time hari Guru :- cikgu jd PENYANYI.. Sambut hari guru sendiri... jadi badut depan murid... murid hanya gelak pada hari guru.... sapa yg d sambut sebenarnya??

16. Time gotong royong sekolah :- cikgu jd TUKANG KEBUN... nak pastikan sekolah dalam keadaan baik agar murid – murid selesa... tapi bila murid kene gigit nyamuk sikit.. orang datang cakap cikgu tak jaga kebersihan...

17. Time masuk waktu solat :- cikgu jd TOK IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid.. kenapa tak sembahyang... parent sendiri tak sembahyang...tapi bila tanya orang, org cakap, cikgu tak ajar di sekolah...

18. Time parent amek lambat :- cikgu jd BABY SITTER... bila tinggal, org salahkan cikgu tak
bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan tanya kenapa lambat... banyak urusan di pejabat....

19. Time budak bergaduh :- cikgu jd HAKIM MAHKAMAH.. bila hukum sikit... esok dapat surat saman dari parent... sbb jentik anak dia...

20. Time budak sakit kecemasan :- cikgu jd PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa?? kereta cikgu... minyak duit siapa?? Duit cikgu....

21. Time merentas desa :- cikgu jd POLIS TRAFIK.. berpanas semata - mata nak bagi murid merasa aktiviti...

22. Time budak sedih :- cikgu jd PELAWAK.. cikgu jadi badut... bila salah sikit... esok masuk muka hadapan berita... kata cikgu tak pandai jaga murid... tak nampak cikgu yang jadi pelawak tadi...

23. Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. cikgu kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena jaga makan minum murid... bukan sorg murid jer...


mungkin ni bru je sebahagian keja cikgu yg disenaraikan oleh yg berkenaan dlm fB tu, tp hakikatnya banyk lg keje lain yg x dpt nk disenaraikan..dulu tym kita skolah xpnh pon pk suma keja cikgu ni (trutama masa skolah rendah) tp skg bila baca bru tersedar balik, nk jd cikgu bukan la sng mcm yg org2 luar ckp, huhu..


bila dh abes skolah dpt result cmerlang, slalu kita ucapkan tima kasih dkt cikgu2 skola menengah je tp kita lupa dkt ckgu2 tadika yg ajar kita mengeja, kita lupa dkt ckgu2 skolah rendah yg ajar kita membaca (buku Bacalah Sayang, haha).. bila dh abes blaja dpt diploma, dpt ijazah, dh grad suma dpt keja elok, kita ckp tima kasih kat lecturer, skali lg lupa jasa2 cikgu yg ajar kita dr tatau pape smpai la pandai suma bnda~

sebak pon ada sebab aku xsuka ngn cikgu dlu, wahahaha... tp skg baru la rsa bangga bakal jd cikgu jgk nanti, Insyaallah~ baru tersedar bnyk gila jasa cikgu2 yg mengajar spanjang 13 taun lps (2 taun tadika, 6 taun skolah rendah, 5 taun skolah menengah)

dengan rasa rendah hati, saya ingin mengucapkan tima kasih dkt suma cikgu2 yg pnh ajo saya dr kecik smpai la beso gedabak cam skg ni haa..siapalah sy klu bukan sebab jasa bakti kalian, sob3~

“ Ya Allah, ampunkanlah segala dosa guru-guruku sekiranya adakalanya mereka telah mengabaikanMu. Kau syafaatkanlah mereka di akhirat dengan syurga, atas jasa dan budi mereka yang bersusah payah mendidik aku sehingga aku menjadi insan yang berjaya “

p/s : guru tak semestinya dihargai masa hari guru saja..setiap hari kita bole hargai cikgu2 kita, xde halangan :-)

sila klik >> sini << 
so, sisa2 cuti yg ada sebelum bukak semester baru ni, moh la kita senaraikan balik nama2 cikgu yang ngajo kita start dari tadika sampai la skg, wahaha~ (brapa nama je yg terkluar nanti)


(cikgu bibi xde dlm gmba)




semoga kami menjadi guru unggul yang dapat mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama, keluarga, masyarakat & negara, Aminn.. Insyaallah ^_^



notakaki buat bakal suami tersayang:

Semoga kamu jadi guru terbaik dalam keluarga kita,
Guru yang menjadi contoh dan ikutan bakal isteri & anak-anak nanti ^_^