3 Minggu Bersama Peah

salam :-)

exam dh abes, hoyeahh..
opp..alhamdulillah :-)
finally abes jugak semester 3 deg..
dh dkt 3 taun upenya blaja kat maktab IPG Perlis nih..

2 1/2 years to go!!!
chaiyok2!!

ok suda2 la duk mrepek ni...

tgk entry title pon dh tawu, haha
cita sepanjang cuti semester 3..

pejam celik..pejam celik..pejam lg.....
celik balik, dh nk abes pon cuti, hahaha

3 bulan minggu ni nk buat apa pon xsempat kn~

tapi sempat la jgk aku p mengisi masa lapang dgn bnda2 berfaedah, haha

abes je exam, smpat lg aku bergumbira pegi jln2 dkt alor star dgn 3 org lg makhluk

taraaa...
ni la budak2 yg mmg xde kejo sama mcm den


cik Lulu yg dulunya kaki study, bila duk serumah dgn sy, bertambah2 'kaki study' die, haha

the one & only kanak-kanak riang, Ayoi


cik Lala yg sntiasa maintain muda walaupon agak berumur, hahaha

ni la 3 org makhluk yg sudi menghabiskn sia2 terluang sblm blk kampung masing2 (kampung la sgt kn~)

balik utara ada
balik timur ada
balik tengah ada
balik selatan pon adaa
(perlu ke ulang, haha)

gambo ni cm besa la, curik dr tenet je mudah


26hb - 29hb Mei


masa utk berehat kat umh, BLAJA MASAK, kemas umh, tolong2 mak, buat2 rajin, ternak lemak dan yg seangkatan dgnnya laa

& buat ais ketul teddy bear yg comel :-)



hahahaha...

30hb - 2hb Jun


berangkat ke KL utk jmpe sahabat terchenta, En Adam sblm btolak g Umrah..
untung kn muda2 dh dpt jejak kaki ke Tanah Suci ~

saya akan menyusul ke Tanah Suci tahun dpn, pasti InsyaAllah~

sempat jugok jalan2 :-)

lokasi:- KFC Mid Valley


Ihsan adikku..

sekeping je amik gmbo

cuman & kak lang~

seriously teruja tgk troli yg gedabak pnjg cmni,
blh duduk kat blkg & letak brg kat dpn

paling penting..
bnda ni bguna utk elakkn anak2 hilang dlm shoping cmplex, hahaha

dh lama xbjalan2 dgn budak2 or adik kecik, haha
(sb adik sy lg besar dr sy, kakakaka)

hati rasa senang bila dgn budak2 yg xde bermuka2, xhipokrit dll
wuhuhu..nk adik kecik ~~
rindu sekolah (tetiba je kn, haha)

3hb - 11hb Jun


kembali ke penang~
sempat jugok blk kampung 2 3 kali..

kenduri kawen la cuti2 ni..

lokasi:- Kg Paya, Mahang


my ank sedara- Nur Quratul Aini Fasiha :-)

 wif her tablet, kecik2 dh pndai ~ budak2 zaman skg ni mmg maju..

lokasi:- Lata Rambong, Sg. Bayor, Perak


g mandi2 air terjun dkt Sg. Bayor Selama, Perak

sronok die nk mandi, haha..

makan2 dgn family & sedara

lokasi:- Puncak Mutiara Cafe


serius best tempat ni, mmg disuggestkn utk pegi..





thanx Pak Teh cz blanja kitorg, haha..

12hb - 16hb Jun


back to KL wif more action!! haha

sampai je LRT, bru je langkah setapak keluar..
henponku berbunyi...

"i want to be a billionaire so freaking bad..."
incoming call 


*KMC Adam


dh blk dr Umrah, Alhamdulillah..


actually dtg kl utk g TTM
event gempak yg mmg gempak giler..
rugi la sape x dpt pegi, hahaha


"kejayaan tu penting, tetapi BERSYUKUR adalah kejayaan yang sebenar"

ayat yg ringkas tp bg kesan yg mndalam kat hati, kn3??

sempat jugak jmpak adam shari lps event..

Event yg bagi impact yg sgt2 hebat tu menyebabkan kami bergegas ke Klang utk jmpak partners kat sana

haha..slesai koje
 makan2 dulu~~

location : KFC, Klang

seperti yg sedia maklum, 1st tym mkn kat kfc Klang, haha
(ada beza ke rasa KFC dia??)

JAWAPAN : Rasa sama, tukang amik order je muka cun2 & ensem

FAKTA : KFC mana2 pon sama je rasa k, jgn nk mengada sgt..

the next day,
Pegi HQ at Damansara utk amik portal/ system shirt
but xde saiz again, haha..

utk pujuk hati yg kuciwa,
singgah sejukkan anak tekak dlu..

location : Tutti Frutti, Kota Damansara 

 maklum la anak tekak selera besau, x mo dh wall selection or sundae, hahaha

nk tutti frutti jek :-)
(nada mengada & saje nk menggedik, hahaha)

disebabkan keesokan harinya cuti sekolah..
sempat jugak abg mithali kita menunaikan janji yg telah TERpostpone dua ari

location : Berjaya Times Square

4 beradik yg muka tak sama, hee~

cuman dgn beger subway~

sambil2 main boling while tggu midnite



gaya bebas cuman jatuhkn suma pin~haha
wlaupon slow jgn pndang suku mata, haa

muka teruja + kecewa, kalah 1 mata dgn adik sndri, hahaha

2jam utk 3 game
hebatt heyy!!!

acara kemuncak 12.20 am - Madagascar 3


starting cite aku dh blur gila cz x pnh tgk Madagascar 1&2, haha~
tp layann~
best kot cita katun
rindu sekolah (xpepasal lak)

tp utk sesetengah org yg dh berumur, mayb la rsa mengantok bila tgk cita cmni
(sapa makan cabai, dia rasa pedih, wahaha)

 17hb Jun


kembali betapa di rumah
jalankn koje yg tetangguh di Penang bersama partners tersayang :-)

otw nk jmpa partners td
MasyaAllah..dunia dh makin teruk dilanda jerebu, huhu
tenat2~



ni fon cikai sb tu nmpak mcm x teruk, tp siyes tak tipu..
mmg sgt teruk ye..

18hb Jun


heading back to IPG Perlis terSAYANG

semester 4 here i come!!!!! (gatai tangan nk speaking mat saleh jugak, hahaha)

10 Petanda Dia Jodoh Kita

esk exam, tp ari ni mmg xde mood langsung nk study~
huhu..so bila digodek-godek tenet tu, jumpa la artikel pasal jodoh
(ckp psl jodoh je trus mata kuyu jadi bulat, haha)

so selamat membaca :-)


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.


~Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya~


semoga bertemu jodoh  yang dicari :-)
note: syg kamu ~

credit  to, penpatah.blogspot.com

Saya Dah Kembali

halooo..halooo!!!

setelah lama menyepikan diri, akhirnya dpt jugak curik2 masa mengepost blog ni
suma org tgh sebuk ber-vlog, blog da dilupakan, huhu

pnya la lma x post pape entry, smpai new post utk  blog dh brubah pon tatau, teruk2~

ok suda2 la bleter..bnyk bnda nk cite tp xtau nk mula cne..
skg da nk tdo exam!!
ok, dh dkt 3 taun duk IPG a.k.a maktab

adoi, mula la ngntok bila nk tulih ni..

ok, sblm tlupa aku kna wat cerpen sb dh termasuk kursus penulisan aritu
so lps ni, blog ni akn pnuh la dgn bnda2 kreatif & jiwang2, aww.. (tgn ke dada, mata ke ats)

tak lupa..
Hepi Bufday to my step sista, 

Miss Lala Fadila (nama fB die)
yg ke 22!!!!

smoga pnjg umo + murah rezeki + cpt dpt jodoh + awet muda + hepi - sedeh + bhgia dgn bakal abg tiri (klu ada nt la) + suma la yg baik2 belake..

pLus..

Congratzzz to Encik Tahfiz yg dh dpt result exam
AND yg paling penting sb dpt maintainkan dean list dr sem 1 lagik!!!
so dgn harapan lg 2 sem akan dtg, truskn memaintainkn result 
xpayah byr PTPTipu nt, hahaha

(ternyata sCore A bknlah penghalang untuk sukses dlm plajaran, kn3??)

utk gathering network Encik Adam area Perlis & Kedah 25 April 2012 yg lps, 
thanx kpd suma yg bekerjasama, berhempas pulas, dan ber yang sma waktu dgnnya lg..
& x lupa usaha gigih Encik Amat yg sanggup meredah laluan 'keras' utk amik rangkaian tersayang..
Plus, atas KEPERCAYAAN(tudiaa) beliau utk benarkan saya 'mmbantu' dlm kuiz beliau, hahaha
(ok sy gelak golek2 ketika menaip entry ini)

wlopon event kita tu x di rancang, tp bg impact yg mmg gempak!
nt kita buat lg dkt tmpt yg lagi best..
& insyaallah klu dpt kerjasma dr suma, kita akn jemput Encik Adam skali!, hahaa
(pepandai je aku kn..hahaha)

ok sudah2 la mrepek kn..
hahahaha..
ok aku xstudy lg utk exam, hoyeahhh...
xsaba tggu 19 Mei, hahahaha..

ok pape pon, xde point yg jelas yg aku cuba sampaikan dlm etry kali ni
hahahhaa..
juz nk 1 dunia tawu yang 
saya sangat bahagia + gembira + tenang + hepi + etc
bila ada dgn MEREKA >>>

Encik Muhaimin + Encik Ahmad

my step sista Miss Lala + my step mother a.k.a kekasih cerah sy Miss Eny

Encik Nasa + adik tersyg Encik Ihsan

Miss Anis + Miss Aman

Encik Afiq yg hampir bulat

& suma upline2 + sideline2 + downline2 terchenta.. (sori xsuma gmba ada, huhu)
new family created in scOre A~ hebatt!!

~nt ada gmba sy tambah k~

sekian leteran ikhlas dr peah..smbung study~ tata :-)

haa, lg 1..cincin dah ilang
hoyeahhh.. hati saya sgt sedih tenang
lalala~
new life begins