10 Petanda Dia Jodoh Kita

esk exam, tp ari ni mmg xde mood langsung nk study~
huhu..so bila digodek-godek tenet tu, jumpa la artikel pasal jodoh
(ckp psl jodoh je trus mata kuyu jadi bulat, haha)

so selamat membaca :-)


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.


~Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya~


semoga bertemu jodoh  yang dicari :-)
note: syg kamu ~

credit  to, penpatah.blogspot.com

Saya Dah Kembali

halooo..halooo!!!

setelah lama menyepikan diri, akhirnya dpt jugak curik2 masa mengepost blog ni
suma org tgh sebuk ber-vlog, blog da dilupakan, huhu

pnya la lma x post pape entry, smpai new post utk  blog dh brubah pon tatau, teruk2~

ok suda2 la bleter..bnyk bnda nk cite tp xtau nk mula cne..
skg da nk tdo exam!!
ok, dh dkt 3 taun duk IPG a.k.a maktab

adoi, mula la ngntok bila nk tulih ni..

ok, sblm tlupa aku kna wat cerpen sb dh termasuk kursus penulisan aritu
so lps ni, blog ni akn pnuh la dgn bnda2 kreatif & jiwang2, aww.. (tgn ke dada, mata ke ats)

tak lupa..
Hepi Bufday to my step sista, 

Miss Lala Fadila (nama fB die)
yg ke 22!!!!

smoga pnjg umo + murah rezeki + cpt dpt jodoh + awet muda + hepi - sedeh + bhgia dgn bakal abg tiri (klu ada nt la) + suma la yg baik2 belake..

pLus..

Congratzzz to Encik Tahfiz yg dh dpt result exam
AND yg paling penting sb dpt maintainkan dean list dr sem 1 lagik!!!
so dgn harapan lg 2 sem akan dtg, truskn memaintainkn result 
xpayah byr PTPTipu nt, hahaha

(ternyata sCore A bknlah penghalang untuk sukses dlm plajaran, kn3??)

utk gathering network Encik Adam area Perlis & Kedah 25 April 2012 yg lps, 
thanx kpd suma yg bekerjasama, berhempas pulas, dan ber yang sma waktu dgnnya lg..
& x lupa usaha gigih Encik Amat yg sanggup meredah laluan 'keras' utk amik rangkaian tersayang..
Plus, atas KEPERCAYAAN(tudiaa) beliau utk benarkan saya 'mmbantu' dlm kuiz beliau, hahaha
(ok sy gelak golek2 ketika menaip entry ini)

wlopon event kita tu x di rancang, tp bg impact yg mmg gempak!
nt kita buat lg dkt tmpt yg lagi best..
& insyaallah klu dpt kerjasma dr suma, kita akn jemput Encik Adam skali!, hahaa
(pepandai je aku kn..hahaha)

ok sudah2 la mrepek kn..
hahahaha..
ok aku xstudy lg utk exam, hoyeahhh...
xsaba tggu 19 Mei, hahahaha..

ok pape pon, xde point yg jelas yg aku cuba sampaikan dlm etry kali ni
hahahhaa..
juz nk 1 dunia tawu yang 
saya sangat bahagia + gembira + tenang + hepi + etc
bila ada dgn MEREKA >>>

Encik Muhaimin + Encik Ahmad

my step sista Miss Lala + my step mother a.k.a kekasih cerah sy Miss Eny

Encik Nasa + adik tersyg Encik Ihsan

Miss Anis + Miss Aman

Encik Afiq yg hampir bulat

& suma upline2 + sideline2 + downline2 terchenta.. (sori xsuma gmba ada, huhu)
new family created in scOre A~ hebatt!!

~nt ada gmba sy tambah k~

sekian leteran ikhlas dr peah..smbung study~ tata :-)

haa, lg 1..cincin dah ilang
hoyeahhh.. hati saya sgt sedih tenang
lalala~
new life begins 


I am 21 years oLd :-)

seperti yg tertera di atas..
hari ini 4hb Januari 2012 genap umo sy 21 tahun, yeaaaaa!!!
im sooooooo xcited cz dh tua lg setaun, haha
seperti taun2 lps pon sy mmg xcited, haha

& mcm yg org slalu buat
birthday je msti ada wish & azam baru
so arini aku nk share dgn suma org azam new year aku + azam burfday yg ke 21 nih :

1. become a better person dr yg sblm2 ni
2. bangun tdo awal, haha
3. blaja masak sampai pandai :-)
4. pegi kls awal
5. perbaiki akhlak & peribadi
6. lebih mnjaga hati family + kwn2 + org2 sekeliling
7. kurangkn benda2 yg lagha, haha
8. lebih matured bila wat decisions & judgments
9. lebih sabar & kurangkn marah + bleter
10. study awal utk exam or prepare utk kelas
11. 5 figure by end of Mac 2012!!
12. jd anak yg patuh pd parents & isteri yg taat pd suami (if ada nanti laa)

sama2 la kita doakan, mudah2an apa yg aku azamkn ni tercapai, insyaAllah~

p/s :utk semua membe2/kwn2/teman2/sahabat2/sedara mara/sepupu sepapat/adik bradik/abg/kakak/makcik pakcik yg wish bufday dkt saya, tima kasih bebnyk ok..terharu giles sb ramai yg igt tarikh keramat 4hb ni walopon masing2 sebuk nk amik final exam, & ada yg bz kemas brg msuk bilik, ada yg dh tdo awal utk kls pg esk tp bgn blk & ada jgk kalut dgn ank/adik nk sekolah ari 1st esk..tp sempat lg online fB nk wish bufday or msj dlm phone.. tQ atas ingatan :-)

doa Hari Lahir :-)
~ tanda syukur atas nikmat usia yg Dia berikan..~


Bismillahirrahman nirrahim..


Terima kasih Ya Allah untuk usia yg telah Engkau berikan. Terima kasih juga atas setiap rezeki yg Engkau kurniakan. Terima kasih utk setiap cubaan dan dugaan yg Engkau turunkan kepadaku Ya Allah. Terima kasih utk bakat dan ilham yg Engkau anugrahkan.. Sesungguhnya terlalu bnyk yg telah Engkau berikan kpdku.. dan terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu..


Engkau tetap menerima walau aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf mentafsir maknasetiap kurniaan dan dugaan-Mu.. Begitu besar kasih-Mu Ya Allah. Engkau tetap melindungi aku walau terkadang aku kalut merungut ketika saat lemahku. Aku tidak menafikan hak-Mu sbg Khaliq walau aku kerap terbuai dgn kesedihan dan kesakitan yg amat pedih..


Ampunkan aku Ya Allah bila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kalau bukan kdp-Mu, pd siaoa lg harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah..namun aku hanyalah hamba-Mu yg dhaif dan lemah..aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dgn limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh dr kesesatan..


Dalam usia begini..aku ingin menjadi lebih dekat pada-Mu Ya Rahman. Dalam usia yg makin jauh ini..aku ingin lebih merindui-Mu Ya Rahim..Dalam usia meniti senja ini, aku ingin sekali menyambut panggilan Kaabah-Mu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yg sudi..


Ya Muhaimin, pimpinlah tangan hamba-Mu ini..pimpinlah hati hamba-Mu ini.. pimpinlah langkah hamba-Mu yg hina ini, aku tak kan mungkin sempurna tapi kasihanilah aku Ya Allah..bimbinglah aku agar aku sentiasa mampu meniti titian siratulmustakim-Mu dgn tenang dan mudah tanpa cela..


Ya Al Hakim..berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya.. Agar aku mampu terus memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dgn caraku. Hulurkan kpdku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi..


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yg telah Engkau tentukan untukku.. Engkaulah Yang Maha Besar..peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali-Mu.. 


Terimalah permohonan hamba-Mu yg sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya AL Mudzill..


Amin Ya Rabbal Alamin..