Doa Penting! ^_^


AMARAN :- jgn tetipu dgn tajuk di atas, hahaha

setelah menggodek-godek Encik Google tadik, terjumpak plak post yg mcm sempoi ni..da ngedit2 skit pah tu trus ngepos dlm belog sendirik.. moga bermanfaat ^_^

(lately banyak pulak post2 yg agak syahdu2, jiwang2 ala-ala carte islamik gitu kn3? hahaha..no komen @_@)

semoga kita akan (sy tekankan AKAN ye, keke) menjadi isteri-isteri yang diredhai Allah, Insyaallah
[ especially untuk CikNorha, CikYanie, CikDeya, CikNiyah ] 

Ya Allah..

Kau ampunilah dosa yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah..

Sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di 'Arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..

Kau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga Yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu,
Aku buta tanpa bimbingan-Mu,
Aku cacat tanpa hidayah-Mu,
Aku hina tanpa Rahmat-Mu..

Ya Allah..

Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..

Amin, Ya Rabbal 'Alamin.. :-)

credit to: penpatah


nota kaki buat kamu; bakal suami tersayang,

semoga kamulah pilihan yang tertulis untukku di Luh Mahfuzh (لَوْحٍ مَحْفُوظٍ ),
semoga kamulah pemimpin agamaku,
semoga kamulah yang terbaik untukku di dunia,
semoga kamulah bidadara pendampingku di Jannah, Insyaallah..

semoga aku menjadi isteri yang dirahmati Allah,
semoga aku menjadi isteri yang sempurna untukmu,
semoga aku menjadi isteri yang sentiasa dihatimu,
semoga aku menjadi bidadari pendampingmu di Jannah, Insyaallah..

^_^

Akukah Yang Dayus?


Ciri-ciri lelaki dayus, adakah anda tergolong ? Renung-renungkan dan selamat beramal [semoga dapat menfaat bersama :-) ]
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah (dlm umh klu xde sesapa digalakkan).
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak!
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan seumpamanya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan (klu dh mmg terdesak & xde pilihan xpe)
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu (elakkan isteri berdua-duaan dengan lelaki yg bukan mahramnya).
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.
Wallahu'alam..
nota kaki:
Buat bakal suami tercinta, tegaslah dalam memimpin sekiranya aku mendedahkan auratku.. Lindungilah aku dan keluargamu dari panas api neraka. Sayang, pertahankanlah agamamu, aku dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Semoga sayang akan menjadi seorang pemimpin keluarga yang diredhai Allah dan mampu membawa keluarga menjadi penghuni syurga. Insyaallah~

Buat Pemilik Hati Setelah Allah & Rasul



Tolong beritahu si dia, aku ada pesan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta-Nya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia..


Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya :-)

nota kaki buat bakal pemilik hati :

Ya Allah,jika perkara ini baik bagiku dalam urusan agama-Mu dan penghidupanku serta akibat urusan ku maka takdirkanlah dia untukku dan mudahkan dia bagiku...serta berkatilah bagiku didalamnya...tetapi jika engkau ketahui bahawa perkara ini buruk bagiku dalam agama-Mu dan penghidupanku serta akibat urusan ku maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkan pula aku daripadanya,dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana saja adanya, lalu jadikan aku meredhainya...amin~ 

Insyaallah sayang ♥