Kekasih Curang Vs Lelaki Kasanova

ha post kali ni aku nk buat banding beza skit, ciri-ciri pakwe curang yg x ckup ngn sorg awek vs laki boya~

CIRI-CIRI BF/GF CURANG or senang ckp ada betina/jantan lain la


# Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

# Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.

Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit. Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

# Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan. Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

# Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda

Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

# Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.

# Tidak lagi rajin menelefon anda

Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

CIRI-CIRI LAKI KASANOVA a.k.a laki mulut cm gula, tp haprak 


1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun haris di ingat semua itu hanya mempu bertahan tidak lebih sebulan. sedikit demi sedikit di dia akan menunjukan taringnya

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa

3. lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. siapa yang akan sampai dahulu.

4. sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. lebih jeles lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak samapai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. sengaja mahu mengoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, sia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengans emua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani mintak wang untuk di pinjam. tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha... alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.

Untuk kaum perempuan, penilaian di minda anda. jangan kerana terlalu mencintai, anda kabur dalam menilai seorang lelaki yang hanya mempermainkan cinta dan kata-kata.

credit to lizarazak & sentuhankasihsuci
notes :
 Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan..


~Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, 
Andai Dirimu Tidak Seindah Sulaiman.. 
Mengapa Diharapkan Teman Setampan Yusof, 
Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha...
Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, 
Andai Dirimu Tidak Sesempurna Rasulullah SAW ~


Kenapa LELAKI perlu pilih gurl yg keja CIKGU sebagai ISTERI..??

note : benda ni aku amik dr sorang kawan~

1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
 

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
 

Senang kan?
 

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
 

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu
 

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.  

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan. 

Sekejap.
 

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
 

Mana ada! Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama

 

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?  


(sambil asah pensel dan pisau di tepi)
 

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
 

Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?
Nak berpeleseran?
 

Jauh sekali.
 

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"
Gila kau. 


Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan.
 

Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
 

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
 

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
 

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
 Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
 Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
 Aku : Kau nak yang macam mana?
 Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
 Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
 Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
 Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
 Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
 Aku : Amboi kau.

('aku' dlm dialog adalah penulis asal) 

6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa. (penulis asal yg tambah)
 

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
 

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?
 

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?


note tambahan : sy bangga menjadi guru~keke