Hawa tercipta saat Adam tertidur

dua tiga ari ni bnyk pulak post best2 kat FB, ni ada 1 lagi yg aku baca rsa best...


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...

:-)

Kesimpulannya....

abes jugak sem 3..aku dh kuar dr prasekolah, next year msuk sekola rendah, hoyeahhhh...
sem 3 yg xkurang hebat mcm sem 1 jgk, hahaha (klu x phm buat2 phm laa)


kesimpulan semester 3 yang dapat saya buat :

EXAM :

BM 1 : bleh tahan
SS 1 : agak susah tahap 1
PJ 1 : sangat susah
BM 2 : agak susah tahap 2

jadik, dapat disimpulkan untuk exam kali ni :
saya mengharapkan lulus & BERJANJI tidak akan mempercayai spot lg (tp stil akan cari soalan spot)..
saya juga akan study lebih skit untuk sem 1 PISMP nt (kononnya)..


ASSGMENT :

untuk esaimen, ada sikit pningkatan dr taun2 lps sb aku x kna bjga spanjang malam dh untuk buat esaimen yg terbengkalai tu, walopon jdk org last yg anta tp kira maju skit la dr sblm ni...keseluruhannya agak berbangga dgn diri sndri walopon buat tunggang langgang...

harapan : supaya rajin buat esaimen yg lect bagi & dapat sumthin dr esaimen yg d buat tu...

PRESENTATION :

ada pningkatan dari sem ke sem, harapan : sem depan lg ok & phm apa yg di-present-kan..

MAKTAB :

dengan adanya MR TAN YING KEE suma berjalan dengan ok..
masalah xdak air pon xdak sem 3 ni, bah kan TERlebih air ada la, smpai banjir satu perlis, hahaha...pencapaian yang boleh dibanggakan...pengalaman jadik mangsa banjir walopon sat (sbb aku lari blk umh)...pengalaman nek bas paling lama dr perlis ke butterworth, mmg terbaik dalam sem 3...

KULIAH :

sama je xde beza ngn taun2 sblm ni..masih lg pgg rekod bersih tanpa PONTENG, wlupon ada mC shari...

LECTURER :

lecturer yang spoting & boleh d bwk bbincang wlupon kgkdg diorg ketegaq nk wat kls jgk...hahaha

MEMBE2 KLS:

sma mcm dlu, wlupon ada tragedi2 pelik yg berlaku dlm sem 3, tp suma still ble d kawal..
kejayaan suma budak BM : buat jmuan wlupon x se-grand mana..(mklom la 1st tym tp sumpah xmau buat dh, hahaha), kurang kerjasama dr sesetgh pihak yg tidak berapa komited dlm buat keja-keja jamuan yang kurang faedah nie, mklum la org nk exam kita kalot nk wat jmuan, hahaha...salah timing masa

FAMILY :

terbaik di dunia :-)


SUAMI / ANAK :

- NA -

KEHIDUPAN :

still sma mcm dlu,masih lg x kaya sb duit hilang kpd bnda2 yang x berfaedah...insyaAllah taun dpn kaya skit..
xdak apa yg berubah melainkan berat badan yang smakin berkurang akibat bnyk pk bnda2 yang kurang faedah
masih lagi join kelab single yg ditubuhkan kira2 setaun yang lps...
kiranya sumanya sama...

note : dlm masa sebulan lg title "teen" akan ilang buat selama-lamanya...yeahhhh!!!

Aku Hanya Wanita Biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti Khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. 

Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam ikal dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 
 
credit to : www.negeriiman.blogspot.com

note: cinta untuk melengkapi~