Hidup Setelah Hilang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Bismillahh... kekok nak naip balik haa.. last post bulan Ramadhan 2013, sekarang dah Ramadhan 2015, hahaha (kejap je masa brlari kann). disebabkan kecelaruan minda dan keserabutan hidup, dkt 2 taun jgk la tak sempat nak bukak belog ni.. maklum la bz kalah Datok Najib worr..

sepanjang 2 taun yang dh berlalu ni, mmg banyak sangat benda-benda jadik. kalau bca2 balik entry yang lepas2 asyik ckp pasal jodoh & kawen, jodoh & kawen, AND finally SAYA DAHH KAWEN (tepuk tangan untuk diri sendiri).. saya jugak dh selesai blaja plus baru2 ni dh pon konvo.. saya jugak dah pregnant & dah pon selamat melahirkan seorang baby yang comey lotey macam mak dia jgk (tepuk tangan lagi...tq2).. DAN sekarang tengah menjalani hari2 akhir berpantang (lagi 4 hari!!!)..   So nk rangkumkan semua dalam 1 entry post mmg  xcukup shari smlm nk bagi org baca nanti meluat plak kan, so nt saya akan share skit2 benda yang menarik & yang boleh dikongsi dengan semua (bajet mcm belog dia pemes sgt kn, hahaha). 

wallpaper belog ni pon mcm nk kena tukaq ja, dr awai smpai skg x penahnya nk tuka wallpaper, basi dah, hahaha..ok, cukup dulu 'melalut' skit2 sblm bertambah2 terpesong nanti.. 





Musim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

dah dekat dua bulan tak bukak belog ni. kejap je rasa dh pon berlalu bulan ramadhan, ngeee.. makin lama makin cepat rsa masa berlalu.. tak sempat prepare nk raya tetiba dh msuk bulan Syawal.. cuti raya kali ni penuh diisi dengan jemputan walimah & majlis tunang kawan-kawan, kiranya mcm 2 in 1 la, sambil makan kenduri, kita kira ziarah raya skali la.. meriahh!! tym kawen jela nk jumpa suma kawan-kawan pon..tetambah raya ni mmg suma dpt cuti (kecuali yg duk obersea lah).. dan mcm biasa soalan-soalan yg mmg dh dijangka bila kita datang kenduri kawen orang " hang bila lg?", keh3..soalan peberet suma orang xkira yg tua or yg muda..tetambah plak skg ni mmg mcm musim kawen & tunang plak kn.. 

pastu ada plak status-status pelik or yg mcm memusykilkan di up dkt fb tuh.. 

contoh-contoh status fb mcm ni haa...

" Alhamdullillah, tQ Allah"
" Settle 1st step"
" Pray hard 4 da best"
" Selesai..."
" Making the 1st step"
" Doakan yg terbaik"

& mcm2 lagi la, hahahaa~

jadi untuk kawan-kawan dh dah pon melangsungkan pertunangan or yg akan melangsungkan dlm jangka msa terdekat ni (xyah sebot nama kot noo, bru tunang kn, kang pecah rahsia plak..keke), Tahniah la nohh..semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin ^_^

bagi yg dh melangsungkan perkahwinan & yg bakal melangsungkan dalam masa terdekat pon, Tahniahh!! semoga berkekalan hingga ke akhir hayat!! Inshaallah ^_^

- Laily Samsinar & pasangan Khairul Fahmi
- Nor Hafiza & pasangan Muhammad Aiman
- Nur Hidayah & pasangan Tg Huzaifah
- Mardhati & pasangan Ikhwan
- Siti Shahanis & pasangan Ridhuwan
- Mohd Zaher & pasangan Syeema
- Bibi Nasrin & pasangan Left. Shahrul Afendi
- Husnul Khotimah & pasangan Ridwan
- Nor Atika & pasangan Norsyam
- Hakimah Aini & pasangan Azri
- Kapt. Afifi Azham & pasangan Kak Dila
- Syazwan & pasangan
- Solihin & pasangan 
- senior-senior & junior-junior yg tak tersebut namanya sebab bnyk sangat..

Barakallahulakuma wa barakah 'alaikuma wa jamaa'bainakuma fil khair..

..........................................

notakaki:

nak kahwin makin susah
nak berzina makin mudah

nak kahwin bergolok bergadai
nak berzina cuma lambai lambai
nak kahwin kena lepas dah stabil kerja
nak berzina bila bila pun tak apa

tapi 

berkahwin itu mulia
berzina itu kotor dan hina


-baitulmuslim-

~renung-renungkan & selamat beramal~

Kaf Ha Waw Ya Nun

Isu Kaf Ha Waw Ya Nun bukan sahaja hangat diperkatakan dalam kalangan remaja kita, tetapi sama juga halnya di Maghribi. Sampaikan ada yang percaya, jika perempuan yang umurnya sudah dua puluh tiga tahun tetapi masih tidak berpunya, itu petanda yang bahaya. Takut tidak berkahwin sehingga akhirnya.
Saya sangat tertarik untuk berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai perkara yang hangat diperkatakan oleh anak muda seperti saya. Isu Nikah Gantung atau Nikah Khitbah memang isu yang sering kita dengarkan. Saya ada dua kisah untuk dikongsi bersama. Kisah saya mungkin biasa-biasa sahaja penulisannya, tetapi diharapkan semua mendapat manfaat bersama.
Kisah 1
Saya ada seorang kawan, Azizah namanya. Perkenalan kami dimulakan oleh Azizah, sewaktu dia menegur saya di surau. Agaknya dia tahu saya orang asing melalui pakaian saya, lalu dimulakan salam dan perkenalan.
Dia sangat baik orangnya, alim dan cantik. Setiap kali berjumpa, pasti saya akan dipeluk dengan kuat dan diciumnya pipi dengan erat. Hari-hari di semester satu berlalu dengan indahnya dengan perkongsian cerita dan ilmu. Walaupun Azizah pelajar Ilmu Sosiologi, saya pula dalam bidang Bahasa Arab, tetapi bagaikan ada satu kimia yang menghubungkan hati kami dan kami sangat selesa bersama.
Sehinggakan sewaktu kami berjumpa lagi di dalam surau, Azizah bertanya kepada saya:
"Husna, apa yang awak dah buat kat saya ni?"
"Saya selalu rindu awak."
Terharu mendengarkan ayatnya, saya membalas,
"Saya pun tak tahu kenapa, semoga dengan ukhuwah ini membawa kita ke syurga." Sambil tersenyum memandangnya.
Pada suatu hari, kebetulan kami memang tiada kelas pada waktu yang sama, Azizah mengajak saya berjalan-jalan bersama ke taman. Kami duduk di tepi taman berhadapan court bola. Soal Azizah kepada saya memulakan bicara.
"Boleh tak awak ceritakan serba sedikit adat perkahwinan di tempat awak?" Ligat otak saya mencari ayat, menyusun cerita mengenai adat. Haruslah dikongsi dari awal pertemuan bukan?
Secara ringkas, saya bercerita turutan daripada tunang hinggalah ke majlis perkahwinan. Dia bertanya lagi.
"Kamu sudah bertunang ke?"Tersengih senyuman saya melebar ke telinga.
"Semestinya belum lagi." jawab saya.
Rupa-rupanya, Azizah ingin memberitahu bahawa dia sudah bertunang tiga hari lepas dengan anak jirannya. Dia tidak pernah kenal siapa, tetapi ibunya sangat berkenan dengan Azizah dan ingin masuk meminang. Azizah bersetuju kerana jejaka tersebut katanya sangat sopan dan baik budi pekerti menghormati ibu bapa walaupun tidak pernah bersua muka.
Seminggu berlalu, kami berjumpa lagi. Kini Azizah dengan penuh perasaannya menceritakan bahawa dia sudah berkahwin di atas kertas. Menulis akad. Tetapi masih belum melangsungkan majlis perkahwinan.
Katanya, dia masih duduk bersama ibunya dan bukan bersama suaminya. Selepas tiga bulan, suami mengumpul wang secukupnya, rumah sudah tersedia barulah Azizah akan berpisah dengan ibunya. Terkejut. Keliru. Masih tidak faham. Itulah situasi saya ketika Azizah menceritakan statusnya pada bulan April ketika itu.
Tiga bulan berlalu, saya dan Yusra dijemput untuk ke majlis perkahwinannya. Meriah! Berwarna-warni penuh dengan muzik taqlidi dan madah nabawi. Kami dibawa Azizah dari awal sebelum majlis perkahwinan bermula sehingga majlis tamat. Sempat kami menjamah kuskus di rumah ibunya.
Selesai kuskus habis dijamah, suami Azizah datang untuk menjemputnya, pada saat itu ibunya mengalirkan air mata kerana Azizah tidak akan lagi tinggal bersamanya. Kemudian dari rumah ibu Azizah kami dibawa ke rumah barunya yang lengkap berperabot, peti ais, microwave, TV LCD Skrin dan lain-lain lagi.
Seterusnya kami dibawa pula ke tempat bersolek dan akhirnya kami ke majlis perkahwinannya di sebelah malam yang tamat sehingga pukul lima pagi. Fuhh, pertama kali tidak tidur malam hadiri majlis kahwin.
Ini contoh Nikah Khitbah.
Indah bukan?
Kisah 2
Nawal yang kecil molek orangnya menyusun langkah rapi ke kuliah di pagi hari Isnin. Sedang asyik berjalan laju mengejar masa sebelum kelas bermula, dia tersempak dengan saya di pertengahan jalan sebelum saya melintas ke seberang untuk sampai ke kuliah. Dia menepuk perlahan bahu saya. Sambil memberi salam dan bertanya khabar, kami sama-sama berjalan ke kuliah dalam keadaan tergesa-gesa.
Peluang ini saya ambil untuk mengucapkan tahniah kepadanya di atas perkahwinan yang telah dilangsungkan. Rupa-rupanya, Nawal juga masih belum melangsungkan majlis tetapi sudah berakad nikah di atas kertas.
Situasi yang sama seperti Azizah diceritakan kepada saya. Nawal berkahwin dengan kenalan abangnya yang baru sahaja dikenali. Tidak memerlukan masa pertunangan yang lama, mereka terus melafazkan akad nikah tetapi masih belum duduk serumah. Suaminya sedang bekerja mengumpulkan duit secukupnya supaya Nawal boleh tinggal dengan selesa di rumah miliknya.
Nawal yang sentiasa mengenakan pakaian salafi gelap, bertudung litup seluruh badan leka bercerita saat pertemuannya sehinggalah kami tiba di pintu masuk kuliah. Oleh sebab kelas kami berlainan, jadi saya minta izin untuk ke arah yang bertentangan. Sebelum berpisah dengannya, Nawal sempat berpesan kepada saya untuk memberitahu Yusra yang dia mahu datang ke rumah untuk menggunakan internet.
Pada sebelah petangnya, Nawal datang ke rumah kami seusai kelasnya tamat. Sememangnya rumah kami tidak ubah seperti sebuah Cyber Cafe, maka ramailah kawan-kawan kami singgah untuk menggunakan internet walaupun sekejap sahaja.
Nawal masuk dan terus ke bilik Yusra untuk menggunakan laptopnya. Sebelum MSN Messengerdibuka, Nawal berhias secantiknya untuk duduk di hadapan komputer.
Kenapa dia berhias untuk kami?
Perlu ke menggunakan internet sambil berhias diri?
Nawal sebenarnya hendak berjumpa si buah hati. Ya, dia sedang bersiap untuk berdatingdengan suami. Sweet bukan?
Oh Tuhan, saat dia berada di hadapan komputer berwebcam dengan suami tercinta, kami terasa sangat gembira dan bangga dapat menolong orang berdating buat kali pertamanya.Dating yang halal dan membawa pahala.
Alhamdulillah, sekarang Nawal sudah mengandung enam bulan. Walaupun begitu, dia tetap gagahkan diri belajar di kuliah selagi termampu.
Kisah ini juga contoh Nikah Khitbah. Indah bukan?
Adat Melayu kita menampakkan proses perkahwinan itu adalah sesuatu yang sangat kompleks urutannya. Pada hakikatnya, ianya sangat mudah.
Setiap perkahwinan itu sentiasa kita impikan keindahan berpanjangan. Namun harus diingatkan juga, niat untuk membina sebuah masjid itu perlu dibetulkan. Tanya diri semula.
Mengapa aku ingin berkahwin?
Sudah sediakah aku menjadi seorang suami?
Mampukah aku bergelar seorang isteri?
Jikalau jawapan yang diberikan masih tidak, maka sebaiknya kita beristighfar selalu, berpuasa dan dekatkan diri kepada Allah S.W.T dalam masa yang sama kita persiapkan diri untuk sebuah perkahwinan nanti.
Utamakan perkara  yang lain terlebih dahulu. Sibukkan diri dengan perbaiki dan kenali diri. Tidak perlu terburu-buru dalam hal mendirikan rumah tangga, takut-takut juga nanti berakhir dengan perceraian. Bercerai dalam usia yang muda. Nauzubillah.
Bercouple, berpasangan, bercinta, berkasih sayang, namun hubungan tersebut masih tidak diikat dengan sebuah ikatan yang sah takut-takut hanya membawa kemurkaan Allah SW.T.
Sudah pasti perkara tersebut melalaikan kita dan menjauhkan kita daripada-Nya. Semua orang senang berkata, "Takpe, yang penting kita jaga hati." Tetapi hanya Allah S.W.T dan diri sendiri tahu sejauh mana kita mampu menjaga hati kita.
Sebuah perkahwinan yang diberkati Allah S.W.T menjadi dambaan semua.
Kita juga mengimpikan anak soleh dan solehah penyejuk mata.
Maka dari permulaannya lagilah perlu kita jaga.
Mungkin ada yang akan bercakap, "Mudahlah awk berkata-kata, awak masih belum diuji, tunggulah nanti."
Mungkin saya belum diuji, mungkin saya pula akan kalah nanti, tetapi saya sedang persiapkan diri.
Sebagai sahabat, saya hanya ingin beringat. Kelak, ada pula yang mengingatkan saya di saat saya sesat.

 CREDIT UTK PENULIS (xpasti artikel ni amik dari siapa, sbb dh lama bca..)
saya hanya menyampaikan, semoga akan ada yang lain datang mengingatkan saya di saat saya leka ^_^