Tips Untuk Para Suami


ok, td pagi ada terbaca satu post dari Dr Fadzilah Kamsah, & mcm biasa la post utk keharmonian rumahtangga, ekeke~

so layan la 50 Tips yg berguna untuk para suami drpd Dr. nie..

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.


ok tamat la 10 tips 1st, klu nk tau baki lg 40 tips, klik laman >> fesbuk << nie.. [ jgn lupa like page tu ] :-)

tQ..

notakaki:

Sabda Rasulullah S.A.W : " Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun ".

bakal suami tersayang,
semoga kamu insan terpilih
yang mengamalkan sunnah2 Rasul S.A.W ^_^

21 Taun Berlalu ^_^


mulai post ni, stiap entry akan dimulakan dgn kalimah suci seperti di atas, heee~ (alhamdulillah, keke)

baru arini dpt kelapangan nk mengadap enchik lappy yg comel nih, hik3 

Special post utk Encik Nazirul Syafiq yg dh selamat dilahirkan pada tanggal 19 Disember 2012, 21 taun yg lepas, ngee..

yeayyy!!!

21 taun sudaaa

jadik, Selamat Hari Lahir mok!

semoga 
* kamu menjadi lebih baik dr taun2 sblmnya :-)
* dpt capai suma azam smpena bufday nih :-)
* sentiasa dalam rahmat & redha Allah :-)
* sentiasa murah rezeki & berjaya dlm idup :-)

dinner yg sangattt sedap at Wong Solo Ampang~

 with HIM >>


bufday boy (boy lg ke?keke)
yg semakin membesar dgn sehat ^_^
da bole jadik bapak budak dh ni~hahaha..

oke, Heppy Bufday syg!! ngee~

note : hadiah tuntut kemudian okes~

Proud to be One of THEM


semalam godek2 fB jumpe bnda best pasal guru, maklum la bila org announce kata gaji guru naik ritu..ramai la yg mcm pertikaikan knpa gaji guru naik lagi, kononnya guru ni da la keja senang & cuti pulak bnyk kn..di tambah pulak sebulan lepas ade sorg enginer nama Cik Yana kot klu xsilap [betolkn klu sy silap].. Cik Enginer ni ada menyuarakan pendapat/pandangan die tntg profesion guru nih..

bila baca balik post dkt fB tu, kepala mcm automatik angguk2 tnda mcm stuju, keh3..meh baca sesama kat bwh ni...


1. Time pertandingan bola :- cikgu jd REFEREE.. buat garisan padang... buat persiapan padang... buat kertas kerja... jadi PBSM tengah padang... bila murid kalah, cikgu x pandai ajar.... kalau menang.. budak tu pandai main...

2. Time budak nak bertanding apa2 acara:- cikgu jd JURULATIH, kalau KALAH, cikgu kene kritik... cikgu x pandai ajar...

3. Time aktiviti KH :- cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak tersalah ketuk... Cikgu kene marah... cikgu x pandai jaga...

4. Time kutip yuran :- cikgu jd AKAUNTAN.. kalau tak cukup... cikgu dahulukan duit.. bila cikgu minta dari parent... Mak bapa cakap, cikgu ni asyik minta duit....

5. Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan utk murid) :- cikgu jd PELAYAN.. kalau murid tak dapat RMT.... kata cikgu pilih kasih tak bagi murid tu makan....

6. Time budak sakit :- cikgu jd DOKTOR.. bila da tolong, kata cikgu punca anak murid sakit... 

7. Time hias kelas :- cikgu jd PELUKIS SENI.. cikgu cat kelas... suruh murid? habis kene
baju murid... esok dapat teguran dari parent... ape cikgu ajar ni???

8. Time persembahan hari guru :- cikgu jd KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak pandai buat persembahan...

9. Time baiki kerusi rosak :- cikgu jd TUKANG KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa??

10. Time budak muntah/berak dlm kelas :-  cikgu jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa..
jawapan.. anak saya mmg macam tu....

11. Time budak mencuri :- cikgu jd DETEKTIF.. nak hukum budak.. esok dapat saman dari
parent.. bila bagi tau parent... parent cakap tak per... budak2...

12. Time budak wat persembahan :- cikgu jd PHOTOGRAPHER... yg ajar budak persembahan.. cikgu juga... kalau terbaik... kata budak berbakat... kalau tak elok.. kata
cikgu x reti ajar... cikgu lagi...

13. Time perkhemahan :- cikgu jd TENTERA.. cikgu jadi PAK GUARD siang dan malam... untuk pastikan anak murid sedap tidur... cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg kerja cikgu...

14. Time hari kantin :- cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM... bila naik kan harga sikit.. kata cikgu nak kaut untung atas angin.. tp sebenarnya nak kumpul dana sekolah...

15. Time hari Guru :- cikgu jd PENYANYI.. Sambut hari guru sendiri... jadi badut depan murid... murid hanya gelak pada hari guru.... sapa yg d sambut sebenarnya??

16. Time gotong royong sekolah :- cikgu jd TUKANG KEBUN... nak pastikan sekolah dalam keadaan baik agar murid – murid selesa... tapi bila murid kene gigit nyamuk sikit.. orang datang cakap cikgu tak jaga kebersihan...

17. Time masuk waktu solat :- cikgu jd TOK IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid.. kenapa tak sembahyang... parent sendiri tak sembahyang...tapi bila tanya orang, org cakap, cikgu tak ajar di sekolah...

18. Time parent amek lambat :- cikgu jd BABY SITTER... bila tinggal, org salahkan cikgu tak
bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan tanya kenapa lambat... banyak urusan di pejabat....

19. Time budak bergaduh :- cikgu jd HAKIM MAHKAMAH.. bila hukum sikit... esok dapat surat saman dari parent... sbb jentik anak dia...

20. Time budak sakit kecemasan :- cikgu jd PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa?? kereta cikgu... minyak duit siapa?? Duit cikgu....

21. Time merentas desa :- cikgu jd POLIS TRAFIK.. berpanas semata - mata nak bagi murid merasa aktiviti...

22. Time budak sedih :- cikgu jd PELAWAK.. cikgu jadi badut... bila salah sikit... esok masuk muka hadapan berita... kata cikgu tak pandai jaga murid... tak nampak cikgu yang jadi pelawak tadi...

23. Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. cikgu kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena jaga makan minum murid... bukan sorg murid jer...


mungkin ni bru je sebahagian keja cikgu yg disenaraikan oleh yg berkenaan dlm fB tu, tp hakikatnya banyk lg keje lain yg x dpt nk disenaraikan..dulu tym kita skolah xpnh pon pk suma keja cikgu ni (trutama masa skolah rendah) tp skg bila baca bru tersedar balik, nk jd cikgu bukan la sng mcm yg org2 luar ckp, huhu..


bila dh abes skolah dpt result cmerlang, slalu kita ucapkan tima kasih dkt cikgu2 skola menengah je tp kita lupa dkt ckgu2 tadika yg ajar kita mengeja, kita lupa dkt ckgu2 skolah rendah yg ajar kita membaca (buku Bacalah Sayang, haha).. bila dh abes blaja dpt diploma, dpt ijazah, dh grad suma dpt keja elok, kita ckp tima kasih kat lecturer, skali lg lupa jasa2 cikgu yg ajar kita dr tatau pape smpai la pandai suma bnda~

sebak pon ada sebab aku xsuka ngn cikgu dlu, wahahaha... tp skg baru la rsa bangga bakal jd cikgu jgk nanti, Insyaallah~ baru tersedar bnyk gila jasa cikgu2 yg mengajar spanjang 13 taun lps (2 taun tadika, 6 taun skolah rendah, 5 taun skolah menengah)

dengan rasa rendah hati, saya ingin mengucapkan tima kasih dkt suma cikgu2 yg pnh ajo saya dr kecik smpai la beso gedabak cam skg ni haa..siapalah sy klu bukan sebab jasa bakti kalian, sob3~

“ Ya Allah, ampunkanlah segala dosa guru-guruku sekiranya adakalanya mereka telah mengabaikanMu. Kau syafaatkanlah mereka di akhirat dengan syurga, atas jasa dan budi mereka yang bersusah payah mendidik aku sehingga aku menjadi insan yang berjaya “

p/s : guru tak semestinya dihargai masa hari guru saja..setiap hari kita bole hargai cikgu2 kita, xde halangan :-)

sila klik >> sini << 
so, sisa2 cuti yg ada sebelum bukak semester baru ni, moh la kita senaraikan balik nama2 cikgu yang ngajo kita start dari tadika sampai la skg, wahaha~ (brapa nama je yg terkluar nanti)


(cikgu bibi xde dlm gmba)




semoga kami menjadi guru unggul yang dapat mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama, keluarga, masyarakat & negara, Aminn.. Insyaallah ^_^



notakaki buat bakal suami tersayang:

Semoga kamu jadi guru terbaik dalam keluarga kita,
Guru yang menjadi contoh dan ikutan bakal isteri & anak-anak nanti ^_^

Status : Single, Heart : Taken

huha...tgk tajuk entry yg mmg kontroversi & memeningkan kpla~
(slalunya xde kaitan dgn apa yg nk digosipkan dlm belog ni)

tgkk..bila nk menaip tetiba je idea ilang, so sblm nk menaip dgn lagik laju dan pantas, sy terpaksa merapu meraban satu dua bnda supaya idea yg sesat jumpa blk jalan yg lurus..
ok kna merapu skit lg, nk sampai dh tu...

ok utk post kali ni moleklah sy tinggalkan readers dgn soalan2 yg korang sendirik la jawab, sebabnya aku xde jawapan utk 5 soalan bongek yang akan aku utarakan kat bawah ni..mohon pencerahan kpd yg sudi~

soalan -soalannya adalah :-

1. orang slalu kata cinta tu buta.. hakikatnya cinta yg buta ke kita yg rabun? ok aku rabun, wahaha
ok statement aku rabun xyah nk diperjelaskan..hahaha..

2. orang kata klu kita sygkan org tu, kita kna buat bg dia rsa bhgia.. btol ke?
 kita cne plak? tgk org len bhgia at da same tym kita duk merambu air mata..& cnfirm ke kita rsa dia bhgia sbb kgkdg dia suke blakon je mcm bhgia, tp hakikatnya tak ponn..

3. orang kata yg kita suka x semestinya baik utk kita?
dari sudut makanan mmg ye kot, menda2 yg bnyk kalori & bg kita gemok mmg sedap, wahaha.. tetambah klu beger tu kn3? [ada yg akan blur bila bca, wahaha..ada yg phm,weee]

4. orang kata besfren mmg takkan bole jd boyfren, btol?
so cne nk bezakan dia tu besfren ke boyfren kita? kgkdg kita syg kat kwn & kita rsa dia la sglanya utk kita..tp bila ada satu status lebih skit dri kawan, mula rsa x senang ati, rsa jeles xtentu hala, cpt trasa ati, & kgkdg rsa mcm menyusahkan org yg kita syg tu..kn3? [ reflex kat diri sndri ] padahal klu kita suka diam2 pon trasa ati gk klu dia rapat ngn org len, cuma bezanya xleh nk ekspresikan bnda tu, bole balik sedih sorg2 je, hahaha...

5. orang kata klu kita nk sesuatu benda tu, kita kna pertahankan slagi buleh. btol?
mcm lalang la..kejap rasa ok kejap rsa x pulak..

pape pon, besfren akn tetap jd besfren tak kira apa pon yg jadik..boyfren x semestinya kekal :-) finally aku sendri mengaku, sob2..

untuk kamu yg sy sayang [officially bFF sy yg cnfirm akan baca belog sy yg menarik ni]:-

12 Fakta Penting yg perlu kamu tawu :-

1. xde apa yg brubah, status : maintain single, tp ati already taken, keke~
2. susah nk ptahankan bnda yg kita syg klu kita tawu mmg ramai yg ada rsa sma mcm kita ^_^
3. ditambah lg bila kita rsa kita ni kerdil/kecik & mnyusahkan org yg kita syg
4. ditambah lg dgn rsa tak layak means kamu layak dpt yg lagi bagos such as org yg btol2 dpt bimbing kamu ke arah yg lg baik [awk phm dgn apa yg sy mksudkan]
5. sy rsa brsalah kerana sy rsa sy dh menjebakkan kamu dgn bnda2 xbaik [ awk phm dgn apa yg sy maksudkan]  
6. sy syg kamu for no reason. means klu org tnya knpa mcm pulun sgt, sy tak tau nk jawab sb apa, haha..yg pastinya sy senang bila dgn kamu..
7. sy suka bila kamu senyum smpai x nmpk mata,ngee~
8. sgt tak suka bila kamu jd halogram or moody tetambah klu sy jadi penyebab mood anda berubah,ngee~
9. stiap apa yg sy bgtau kamu, suma benda yg btol,myb ada la satu dua bnda yg trtinggal, tp tidak ada yg lebih benar melainkan yg benar-benar belaka, u should knw tht, keke speaking skit la plak.. & sy xleh paksa kamu utk pcaya klu kamu sndri yg rsa xyakin dgn sy ^_^
10. kamu sgt memahami apa yg sy rsa.. "wlupun kamu buta huruf tp kamu paling terer baca mata sy" - sy mengakuinya, keh3
11. kita buddies, kita takkan terpisah.. [iklan digi sat]
12. paling penting, kamu kna tawu sy sayang kamu xkira cne pon & sgt sgt sgt la mustahil utk sy benci kamu :-)

actually bnyk lg fakta yg kamu kna tawu, tp ckup la yg penting2 je sy senaraikan~hahaha

Last but not least, jom kita sama-sama aminkan doa ni dgn penuh rasa kusyuk & rendah hati...

Ya Allah, andai dia bukan Kau ciptakan utk menjadi pendamping aku di dunia, Kau hilangkanlah rasa cinta yang sia-sia ini dan Kau hilangkanlah rasa gundah hati, keluh kesah dalam diri aku Ya Allah..

Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau yang lebih mengetahui setiap apa yang terdetik dalam hati kecil hamba-Mu ini, Kau kekalkanlah ukhwah yang dibina atas dasar cinta dan ketaatan hanya kepada-Mu Ya Allah.. Bahagiakanlah dia dengan insan yang Kau tetapkan untuknya..

Ya Allah, andai aku yang selayaknya untuk dia, Kau satukanlah hati-hati kami dgn penyatuan yang halal.. Engkau yang menciptakan kami, dan kepada Engkau jua tempat kami kembali. Janganlah Engkau membalikkan hati-hati kami dari agama-Mu.. Sesungguhnya kami hamba-Mu yang lemah..
 
Ya Allah, andainya bukan aku yang Kau ciptakan untuknya, Kau kurniakanlah yang terbaik untuk dia yang aku kasih, hanya kerana-Mu Ya Allah.. Tiada tempat lain untuk aku memohon selain daripada-Mu Ya Allah, hanya Engkau yang mampu membaca setiap apa yang tidak mampu dicapai oleh pancaindera hamba-hamba-Mu.. Hanya Engkau sebaik-baik perancang, hanya Engkau yang mengetahui setiap rahsia yang Kau catatkan, hanya Engkau saja tempat aku meminta Ya Rabb..

Perkenankanlah hajat hamba-Mu ini Ya Allah.. semoga dengan hidayah dari-Mu, aku beroleh Sakinah dan Mawaddah di dunia yang aku pinjam untuk seketika.. Amin Ya Rabbal A'lamin ...~

sebak bila meminta, tp yakinlah Dia xpenah hampakan kita :-)

nota kaki utk bakal suami,

tak kira siapa pun kamu,
ketaatan sy hanya utk kamu yg halal..


~The End~

'Kamu' yang Saya Maksudkan

salam..

ok, kali ni actually mmg xde menda nk post tp tetiba dapat ilham nk menaip dengan lajunya lepas baca blog KAMU, weee (ok, saja wat gedik skit mlm2 ni)..

1st of all, sy dengan rasa rendah hati nk mintak maaf klu dh menyinggung hati & prasaan mana2 pihak, sob3.. (ni btol2 ikhlas). tak nak la bg ayt 'takde jodoh'..mcm hot sgt plak kn..seriously sorry sesangat :-( susah plak nk xpress kn prasaan dlm blog ni klu dh terkena kat diri sendiri kn? huhuhu...

tima kasih sb doakan kebahagiaan sy (",) [dah baca blog KAMU, hopefully kamu pon mmbca belog sy yg best ni]

xtawu nk ckp pape, & rsanya xde pape yg bole sy post utk reply entry kamu, mintk maaf klu dh menyusahkan,huhu.. & xde niat pon nk main2kn prasaan or saja suka2 nk wat cmtu..

td lepas duk godek2 Mr G. baca psl cita Nabi Zakaria..terjumpak doa  yang Nabi Zakaria amalkan..& i think mcm ada kaitan ngn post kali ni...

Surah Al-Anbiya, ayat 89 : Maksudnya; " Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang baik." [ betulkan jika sy salah, xsmpt nk check blk dlm tafsir]..

Nota kaki utk KAMU :-

thanx sb dh menceriakan hari2 tym sy bosan.. seriously best bkawan dgn kamu, kamu buat sy senyum & gelak day&night :-) Most important, kita still kawan :-) And sy bukan reject kamu seperti yg kamu mention dlm tu, bukan reject tau..tp yakin laa Allah dh tetapkn yg lebih baik utk kamu, lebih baik dr dari sy (bukan cek tak baik, cek baik sgt worr) tp kamu akn dpt yg lebih lebih lebih baik..jz yakin je, sb sy sgt sgt sgt yakin kamu deserve better :-) & sy akn sgt sgt sgt jelez dgn budak gurl yg btuah tu, kekeke..

& sedikit pengakuan berani mati kat sini, tipu la klu sy ckp xde langsung prasaan kat kamu slma kita bkawan kn.. paling besttt karok smpai pagi, xdela free, duet jalan gk, tp puas ati, hahaha..thanx!!! Tapi atas sebab musabab tertentu & nk menjaga lebih bnyk ati, kamu yg terpilih utk dpt ujian ni.. Allah takkn uji kamu klu Dia rasa kamu tak tertanggung..yeahhh..kamu hamba Allah yg sgt kuat mcm saya.. Mayb sy mcm jambatan la yg menghubungkan kamu dgn someone better nt, mana taw kn, keke..believe!! yg kamu sgt special sb kamu pk mcm mna sy pk & most important TAK RAMAI yg pk mcm mna kita pk (nah, ayat berbelit aku bg, haha)..sy sgt menghormati kamu atas sebab itu ^_^

Moga Allah kurniakan pelangi nan indah selepas hujan lebat yang turun nie :-) Yakinlah jodoh tu rahsia Allah, Dia sebaik-baik perancang & Dia tawu apa yg terbaik utk kita, InsyaAllah kalau andai saya ditetapkan utk kamu, jauh mana pon pegi, sy tetap dgn kamu (ayt klise je tp ada rasional trsendiri) ^_^ mohonlah pada Dia, Janji Allah tu pasti..


ok, rasanya cukup dh kot patah perkataan utk karangan kali ni, ngee~

ni link Ustazah Norbahyah dlm Semanis Kurma tentang doa untuk dapatkan jodoh yg soleh / solehah
semoga bermanfaat (& sy sendiri pon amalkan, Insyaallah.. sape xnk yg baik kn?)



notakaki utk bakal suami tersayang,

Moga kamulah bakal pemimpin agama saya
Moga kamulah pengiring saya ke Jannah
Moga Allah permudahkan segala urusan
& terus tetapkan hati saya utk awk, Insyaallah..

Jom Bina Masjid Part II

Bismillahirrahmanirrahim..

mula dengan lafaz mulia utk post ni, hehehe..
mood utk menyambung leteran post yg lps dah sampai,hahaha..wlopon mcm blur2 skit kn xtau nk tulih apa, hati duk pk result exam yg x kuar2 lg..sronok stress btol!! hahahaha..

so post ni kita nk sambung tentang ayat2 power yg boleh kita guna utk lembutkan hati mak bapak yg mcm ragu2 nk bg anak diorg kawen awal @ kawen tym belajar.. (yg mana bole guna amik la, klu rsa x releven jgn amik, klu x nt kna ligan dgn batang penyapu jgn petik nama aku lak k)

1. Tingkatkan diri dengan ilmu agama

point yang paling penting klu nak kawen awl. yela kna la tingkatkan diri dengan ilmu2 agama, tgktkan ibadah..so parents pon yakin la skit nk bg anak diorg kawen.. tp igt, bukan blakon2 alim je, kna dalami btol2 so nt kot2 pegi jumpak bakal bapak/ mak mertua, tetiba diorg suh baca surah lazim ke xde la terkial2 kn, hahaha

2. Tunjukkan kematangan

ada masa nk jd budak2, ada masa mmg kna jd matang.. jgn jd budak2 x kna time. kompom parents x bg, hahaha..yg pmpn tu, jadik la rajin skit..kms umh ke, masak ke (ni aku x buat pon tp just nk suggest kat korg, haha).. tp jgn blakon bgos dpn mak/bapak mertua je..be natural, jadik diri sendiri lg senang..klu nak blakon ni penat laa, dh la x dibayar kn, hahaha.. tunjuk matang bila bcakap ngn org tua, nmpk yg kita tu bole diharap, bru la dpt greenlight

3. Pelajaran didahulukan, kecemerlangan diutamakan 

ni utk yg x abes blaja lg la.. jgn sesekali abaikan blaja, satg dh kawen asyk plak berkepit 24jam, ssh la cmtu..mmg dh halal tp jgn over plak..janji dgn parents yg kita xkan abaikan blaja, besa la parents ni nk tgk anak diorg cemerlang & dpt keja yg elok lps abes blaja, pnt diorg besakan kita biarlah berbaloi kn.. dh pndai berjanji kna la pastikan kita xkn abaikan plajaran..

4. Bawak pasangan tu jumpak mak bapak kita

lagi elok klu pasangan kita tu sndri yg ckp ngn parents kita, klu pasangan tu laki, suh p jumpa bapak kita, klu psangan tu pmpn suh p slow talk ngn mak kita..so dgn tindakan pasangan kita p ckp sndri ni, nmpk la kesungguhan kita.. ni x, beriya nk kawen tp suh p ckp sndri xmau plak, hahaha..malu x bertempat..

untuk bacaan tambahan, bole rujuk link ni..suma tentang persoalan kawen awal..semoga bermanfaat :-)


& satu lg link ni Kahwin usia Muda

TAPI igt ye, kawen bukan bnda mudah & bukan benda kecik, jgn buat main2, klu rsa ragu, semoleknya jgn la kawen lagi :-) masa pnjang lg, jgn menyesal dikemudian hari..good luck!!

yang baik dtgnya dr Allah, yg buruk juga dr Allah tetapi disandarkan pd kelemahan sy sndri, wallahualam~

mat lutfi yg kiut (xde sebab knpa msti ada gmba dia, hahaha)

notakaki:

" apabila suami memandang isterinya dengan kasih sayang dan isterinya pun memandangnya dengan penuh kasih sayang, maka Allah memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang.. dan apabila suami memegang kedua telapak tangan isterinya maka dosa kedua-duanya berguguran dari celah jari tangan keduanya.. "